Monday, November 27, 2017

Hikayat Satria Satria Sejati : Generasi Baru (Hilal Asyraf)

Assalamu'alaikum kalian~

























Penerbit : Hilal Asyraf Resources
Tahun terbit : 2017
Bilangan m/s : 482
Kadar suka : 5/5

          Sekali lagi kak yong nak ulas buku Hilal Asyraf. By the way, buku Pemburu *SINI yang kak yong ulas hari tu, ada sambungannya tau. Kalian bolehlah beli - Surihati Encik Pembunuh. Kak yong dah beli, cuma tak berapa minat sebab ada scene romance. Tapi kalian jangan risau, semuanya romance yang halal. Hehe. Cuma kak yong memang jenis yang tak suka sangat. But, kak yong masih syorkan untuk kalian buku tu, sebab intipati masih mantap- dalil2, nilai2 murni yang sarat dan banyak lagi.

          Okay. Buku ni sekali lagi dibeli oleh adik kak yong, Abang Chor- fyi, dia memang minat buku2 Hilal Asyraf ni, jadi semua buku Hilal Asyraf dia yang beli. Kak yong lebih minat buku ni berbanding buku2 Hilal Asyraf yang kak yong dah baca sebelum ni sebab jalan ceritanya. Pergh, mantap.

Saturday, November 25, 2017

Pulang

Salam alaik.

Aasif. Lama kak yong menyepi. Something happened. Datuk kak yong, pulang. Pulang ke kampung halaman. Selamanya. Ah, kalian mengerti bukan?
       

           Pemergian datuk memberi penangan yang sungguh hebat. Nenek, terutamanya. Manakan tidak, kehidupannya yang sentiasa ditemani suami di sisinya- tambahan pula ketika datuk agak uzur sebelum ini, datuk sentiasa mengekori nenek ke mana sahaja- nenek menjadi sepi. Nenek sudah tidak seceria dahulu. 

Wednesday, November 8, 2017

Satria Hitam

Salam alaik!

 Heyy  a new wonderful baby dah sampai! Baru petang tadi. Satria Hitam namanya;


tadaaa!

          Sejak Sang Sagaa rosak*, kak yong macam- aish. Sayang betul. Jalan2, tapi tak menyempat nak tangkap gambar. Jadi kak yong nekad nak kumpul duit sendiri- beli baru. Baru rasa penat lelah nak dapat duit tu. 
         

DIY Room Decor

Salam alaik~

        Kak yong baru-baru ni ada buat diy room decor. Ok. Ini hakikatnya tindakan beranimati sebab kak yong mengecat! Hey, doesn't it looks serious? Kak yong memang suka sungguh bab2 menghias ni. Dan memang sebelum ni kak yong selaluuu menghias bilik kak yong. But kali ni kak yong dah buat hiasan yang kekal! Haha

*lap peluh

          Memang cuak sikit tau mula2, sebab kalaulah tersalah, cat mana boleh padam. Kadang2 kak yong suka search bilik2 yang lawa kat internet. Buat tatapan dan berangan. Memang hobi kut kadang2 dok tengok orang putih hias bilik depa. Lawa sungguh! 

Monday, November 6, 2017

Satu

Dia menapak perlahan. Mukanya yang pucat diusapnya berkali-kali. Tangan kanannya berpaut lemah pada dinding sambil bergerak perlahan ke arah satu suara yang amat dikenalinya. Suara merdu yang sering menjadi penguat semangatnya. Suara itu yang sering mendorongnya tatkala dia hampir tersadung putus asa di atas jalan perjuangan ini.
          Asrama yang sedang sepi ini- ketika yang lain sedang enak diulit mimpi- menyebabkan suara merdu itu bergema indah memecah kesunyian malam. Gadis ini semakin tidak sabar. Dia mempercepatkan langkahnya walaupun sudah beberapa kali dia hampir tersadung. Rindu.
          "Wiyya"
          Gadis pucat itu menghela nafas perlahan. Musolla ini terasa jauh benar perjalanannya

Saturday, October 21, 2017

Arkitek Jalanan (Teme Abdullah)

Salam alaik!

Seperti yang dijanjikan tadi dalam entri sebelum ni, kak yong nak buat review tentang buku kedua Teme Abdullah ni kan?

So, here I come!




























Penerbit : Iman Publication Sdn Bhd
Tahun terbit : 2017
Bilangan m/s: 330
Kadar suka : 5/5

Allahu. Another book that really inspiring in my life instead of Negeri 5 Menara by A.Fuadi. Pergh. Kak yong harap lebih banyak keluaran buku-buku seperti ini sekaligus melebihi novel2 picisan di pasaran yang membawa terlalu banyak pengaruh negatif dalam generasi kita.

Friday, October 20, 2017

Pemburu (Hilal Asyraf)

Salam alaik~

Okay. Since dah habis exam ni kan plus tengah cuti panjang, banyak benda yang nak share sebenarnya. Tapi jari ni dok malaih nak menaip. Hehe.
       Jadinya, disebabkan shopping di MPH dan Popular yang silih berganti cuti ni *pergh.nikmat*, jadinya, kak yong buat ulas buku lah yer?
       Actually, masih lagi dalam 'demam' buku kedua keluaran Teme Abdullah, one of my favourite author, yang kak yong baruu habis baca. Gigih tau tahan biar habis exam dulu baru nak beli. Haha.
Tapi sengaja kak yong nak buat review buku ni dulu sebab buku ni yang kak yong habis baca dulu.

tadaa!

























Penerbit : Hilal Asyraf Recources
Tahun terbit : 2016
Bilangan m/s : 415
Kadar suka : 4/5

Alright, buku ini dibeli oleh adik kak yong. Tak ingatlah dia beli di mana. Tapi, memang dari mula kak yong nak beli buku ni since ada pameran di sekolah kak yong, awal tahun hari tu. Sebab memang minat penulisan Hilal Asyraf ni.
       
         So, ceritanya tentang satu konspirasi besar oleh sebuah organisasi rahsia, Pemburu yang hendak melancarkan serangan besar-besaran untuk memporak-perandakan Malaysia. Apa yang kak yong suka dengan cara penulisan Hilal Aysraf ni, kebanyakan penulisannya berkisar tentang kemajuan dan kebangkitan Malaysia pada masa hadapan. Kiranya, organisasi ini memang bertungkus lumus nak jatuhkan kredibiliti Malaysia yang ketika itu sebagai salah satu negara Islam terkuat di dunia.
   

Monday, October 16, 2017

Wolf Children

Salam alaik!

Long time no see~~ Haha. Well, my big examination was finished last week. Soooo hopefully you guys can make a du'a for me and my friends. I have big things to gain after this you know :)

So, yeah.




           Actually, baru habis tengok cerita ni ha. Wolf Children. Recommended by kawan kak yong hari tu. Cerita lama dah ni. Tahun 2012 tak silap. Best sangat! Kak yong recommendlah kat kalian yer. Kak yong actually not type of yang layan anime sangat. Memang cuma tengok yang ada moral values punya. Eceh. 

           Jadi, alang-alang dah buka laptop ni kan, tiba2 terdetik nak blogging. Yes. Kak yong akui, coretan tahun ni memang drafnya merosot. Tak tipu. Padat sungguh. Dok ligan masa yang berlari.

          Kak yong nak review fasal animasi inilah yer. Kak yong rasa ramai dah tau cerita ni. Cerita lama, kan. But, kalau ada yang tak tau, meh kak yong story.

Sunday, June 11, 2017

Bintang yang Menjauhi

Assalamualaikum :)

Tadaaa! Kak yong tukar nama blog~ Gigih tau sahirul lail lepas buat entri semalam. Haha. Nama yang dulu, kan? Macam yang kak yong cakap kat SINI dulu, Diari Permata Sutera adalah gabungan nama rumah kak yong dulu dengan sekarang kan? *Hahaha. Lawaklah. childish betul  So, kak yong tukar nama ni bukan sebab kak yong dah tak se-sentimental dulu, tapi sebab angan2 kak yong yang mahukan 'permata' dalam setiap bicara picisan ini. Eheh.

So, wokeh. Kita berbalik kepada tajuk asal.

LARI .



Mr Time; Alice Trough The Looking Glass.

Alright. Sebelum tu kalau sesiapa yang dah tengok filem ni, mesti kenal kan Mr Time ni? Of course. Watak utama kut. Dia ni kiranya dalam cerita ni, ialah Masa. Dia kata selama ni kita guna dialah. Hahah. Kalau macam tulah kita boleh sembang dengan dia, teringin nak tanya, dunia ni sampai bila?

Masa Si Alice ni nak minta Encik Masa putarkan masa ke masa lampau untuk tolong kawan dia, ingat tak apa yang Encik Masa ni cakap,

"you cannot change the past. Thus, you must learn from it"-Mr Time

Iftar Perdana IQ Malaysia @ PWTC, KL

Salam alaik semua~

Subhanallah, dah 15 Ramadhan dahh. Dah boleh ready marathon lailatul-qadr ya? Haa. Kak yong doakan kita diberi rezeki olehNya untuk menggapai malam terindah tu, yer?
Allahumma ballighna ila lailatil-qadr :)
          Malam ni kak yong saja nak kongsi iftar tadi. Anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim (IQ) Malaysia. Mereka ini adalah salah satu pertubuhan dakwah di Malaysia inilah kiranya. Ditubuhkan pada pertengahan tahun 1998, mereka bergerak aktif dalam penyebaran ilmu, dakwah dan kebajikan serta kegiatan sosial yang lain. Diasaskan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin bersama rakannya Yg Bhg Ustaz Abdul Rasyid bin Idris. Dan salah seorang antara mereka ini ialah pak cik kak yong. Hehe, sebab tulah dapat pergi nih~
         Best sangat. Selesa. Makan okay. Terawih sama-sama. Cuma kak yong tak sempat nak dengar mereka berforum tadi sebab berkejar ada hal. Tapi ramainya oraangg. Bersesak jugalah. Tapi okay sahaja sebab askar-askar 'behave' *heh -_-





Yahh. Mantop2 panelnya, kan? Hahah. *Rugi tak dengar pak cik bagi talk tadi :"


Mama kata ada Adam Corrie tadi. Huhu. Tak ternampak pula.

Saturday, June 10, 2017

Black n' White

Salam alaik~
Kak yong try post entri guna phone. Tak syok sangatlah sebab bagi kak yong complicated sikit daripada laptop. Actually, sedang buat homework ni. Hahah. Berhenti sekejap.

          Tadi, kak yong scroll entri dulu2. Gelak sorang2. Lawak rasa. Bahasa yang baku.. Haha. Sebenarnya blog ni baba yang buatkan. Dibesarkan dengan dunia bahasa, baba sangat mendidik kak yong dan adik2 supaya minat membaca dari dulu lagi. Ingat lagi, kalau cuti2 baba suka bawa kami pergi library. Hahah. Skema ek? Tapi tak adalah setiap kali cuti. Sebab adik2 tak minat sangat buku2 ni. Budak2 kan time tu.

          Tapi se-skema yang korang fikir, itulah favorite kak yong. Memang kak yong minat sangat benda2 bertulis ni. Sebab bagi kak yong kalau buku kita boleh tau ending nya siap2. And boleh imagine sendiri scene dia. Poyo tak. Haha. Dan hadiah birthday yang paling best masa tu bila mama & baba bagi duit untuk shopping kat kedai buku. Pergh. Nikmat diaa
          Haa. Boleh bayang tak kenapa baba yang buatkan blog ini. Time tu pula tengah zaman kegemilangan blog. Memang baba nak ajar menulis sejak kecil lagi. Kalau kalian tengok entri yang dulu2, entri pertama kak yong tahun 2010. *klik SINI Cuba teka kak yong darjah berapa masa tu. Pergh lama betul blog ini. Tapi memang masa tu template yang cikai punya. Memang gaya tulisan 'keanak-anakan', 'ribena' semua ada. Memang nak tergelak. Tau tak kenapa? Sebab masa itu baba letakkan syarat- bahasa mesti baku. Kak yong okay sahaja. Tapi bila dah besar2 ni kak yong mula open sikit. Nak lebih dekat dengan pembaca kononnya.


"poyo ah mu ni"

          Tapi, kak yong masih ada syarat bahasa yang kak yong letak masa kak yong tulis. Memang kalau kalian scroll entri2 kak yong daripada 2010 sampai sekarang ni, memang macam ada flow dia sendiri tau. Gaya penceritaan.. Semualah. Kak yong banyak terinspirasi daripada blogger2 terkenal like Irine Nadia, Fatin Liyana.. Sebenarnya lebih kepada aksesori blog sebenarnya. Banyak dah kak yong ubah-suai letak- kat blog ni. And maybe akan ada perubahan lagi kelak? Wallahualam~

Thursday, June 8, 2017

Ramadhan Kareem~

"dia ada satu rasa bersalah yang teramat when her own friend need some help- but she can't do anything. Sorry dear,"- Sang Perisai Bertangkai.

                                                                  . . . . .

Salam alaik!
Hai semuaaa. Hahah. Wow. Lama tak jenguk. It's Ramadhan guys! Subhanallah. Yeah, this year actually a bit different than last year because the first Ramadhan started on school holiday. Yes, for sure I'm really happy for it. But there're a lots of mehnah at home, as you guys know well hehhe. 

          Yalah, asrama mengajar si penduduk untuk menepati masa dan menuruti loceng. Rumah? Hahah. Menepati citarasa dan menuruti kehendak hati? Hahah. Ini pun hakikatnya adalah satu usaha untuk memanfaatkan masa, sebenarnya. Tak nak dah buang masa. Huaa. Rasa sedih sungguh kalau nanti akhir cuti rasa macam tak buat apa-apa. Huhu :"(



*sumber gambar~ klik SINI