Salam alaik.
Aasif. Lama kak yong menyepi. Something happened. Datuk kak yong, pulang. Pulang ke kampung halaman. Selamanya. Ah, kalian mengerti bukan?
Aasif. Lama kak yong menyepi. Something happened. Datuk kak yong, pulang. Pulang ke kampung halaman. Selamanya. Ah, kalian mengerti bukan?
Pemergian datuk memberi penangan yang sungguh hebat. Nenek, terutamanya. Manakan tidak, kehidupannya yang sentiasa ditemani suami di sisinya- tambahan pula ketika datuk agak uzur sebelum ini, datuk sentiasa mengekori nenek ke mana sahaja- nenek menjadi sepi. Nenek sudah tidak seceria dahulu.
Datuk kak yong orang yang hebat. Kak yong dari dulu lagi, sangat kagum dengan datuk. Penjawat jawatan yang tinggi di RTM, mewakili Malaysia di Jeddah, menerbitkan beberapa kamus istilah terjemahan Arab, penterjemah sultan.. Fuh.
Namun datuk agak tegas. Maka biasanya kak yong akan mendengar tentangnya menerusi cerita2 baba. Datuk seorang yang sangat berdisiplin. Kalau kak yong tanya baba- tips menjadi seperti datuk- kesungguhan dan lakukan yang terbaik dalam setiap urusan. Buktinya, hasil2 kerja datuk semuanya sungguh kemas! Tulisan dia, pergh. Kalah tulisan perempuan.
Pemergian datuk tempoh hari sungguh mengesankan. Kak yong belajar banyak perkara. Betapa perlunya menjaga hubungan yang baik sesama Allah dan manusia. Beribu yang mengiringi dan mendoakan. Dan sungguh, benar kata Allah, mereka yang menjaga Al-Quran itu, akan dipeliharaNya. Insya Allah.
Memang dunia ini cuma titi. Maka jadikannya titi yang terbaik. Peliharalah hubungan yang baik dengan sesiapa sahaja. Kerana jika jasad sudah tidak bernyawa, merekalah yang akan menyiapkan kita ke 'kampung halaman'. Dan semoga persiapan itu baik2 sahaja.
-- Haji Hasbullah Al-Hafiz bin Haji Ali
1940-2017
Al-Fatihah.
fi hifzillah.
*Allah.. Teringat arwah tok dulu. Rindu :"(
haura, penulisan yang haura tulis, sgt menyentuh hati aku yg baca nie. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. aamiinnn.
ReplyDeleteInsya Allah Mai.. Aaminn. Jazakillahu khairan kethir:)
Delete