Dia menapak perlahan. Mukanya yang pucat diusapnya berkali-kali. Tangan kanannya berpaut lemah pada dinding sambil bergerak perlahan ke arah satu suara yang amat dikenalinya. Suara merdu yang sering menjadi penguat semangatnya. Suara itu yang sering mendorongnya tatkala dia hampir tersadung putus asa di atas jalan perjuangan ini.
Asrama yang sedang sepi ini- ketika yang lain sedang enak diulit mimpi- menyebabkan suara merdu itu bergema indah memecah kesunyian malam. Gadis ini semakin tidak sabar. Dia mempercepatkan langkahnya walaupun sudah beberapa kali dia hampir tersadung. Rindu.
"Wiyya"
Gadis pucat itu menghela nafas perlahan. Musolla ini terasa jauh benar perjalanannya
"Wiyya"
Dia memanggil gadis bernama Adawiyyah itu perlahan. Barangkali terlalu khusyuk. Lantas dia berhenti memanggil dan perlahan-lahan menapak menuju gadis si empunya suara merdu itu.
Adawiyyah terasa janggal. Ada yang sedang memerhatikannya. Lantas dia menoleh.
"Weh, Feey. Apa kau buat kat sini? Weh pergi tidur. Kau tu, demam pun tak baik lagi. Tengok muka kau tu, pucat. Dengan bibir merekah. Dah, dah. Pergi ti.."
Belum sempat Adawiyyah menghabiskan kata-katanya, gadis itu lantas merebahkan kepalanya.
"Dah, dah. Berhenti membebel. Sambung baca. Sedap pulak aku dengar kau baca. Mana aci kau sorang je qiyam bulan Ramadhan ni. Aku pun nak jugak pahala dengar kau baca." Afeeya tersenyum lemah.
"Oh. Okay.."
"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah: 153)
"Lahh... Pahal kau berhenti?" Afeeya berkerut memandang sahabatnya.
"Tu.. Hi... Hidung kau berdarah lagi"
"Weh! Alamak.. Kenapa kau tak cakap awal-awal? Habis seluar kau penuh darah! Haish, kesiannya kau nak solat nanti. Jap, jap aku ambil kain."
Afeeya pantas bangkit dan hampir tersadung. Namun, dia segera bangun dan berlari-lari anak dengan kepayahan.
Adawiyyah hanya mampu memandang sepi sahabatnya itu. Mahu menghalang, keras kepala.
Kasihan, Feey. Sudah banyak dia tempuh sepanjang hidupnya yang hanya baru belasan tahun ini.
-1236 hrs

No comments:
Post a Comment
Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰