Saturday, October 21, 2017

Arkitek Jalanan (Teme Abdullah)

Salam alaik!

Seperti yang dijanjikan tadi dalam entri sebelum ni, kak yong nak buat review tentang buku kedua Teme Abdullah ni kan?

So, here I come!




























Penerbit : Iman Publication Sdn Bhd
Tahun terbit : 2017
Bilangan m/s: 330
Kadar suka : 5/5

Allahu. Another book that really inspiring in my life instead of Negeri 5 Menara by A.Fuadi. Pergh. Kak yong harap lebih banyak keluaran buku-buku seperti ini sekaligus melebihi novel2 picisan di pasaran yang membawa terlalu banyak pengaruh negatif dalam generasi kita.



          Seperti bukunya yang sebelum ini- Pelukis Jalanan, Teme sekali lagi membawa inspirasi perjalanannya menuntut ilmu di bumi Eropah namun dalam bukunya kali ini, dia telah membawa lebih banyak isu untuk direnung rasionalnya, hakikat kehidupan yang sering kita leka, dia kembali membawa lebih banyak persoalan untuk kita fikir dengan lebih mendalam. Dengan gaya bahasanya yang santai dan pendekatan yang mudah difahami, membuatkan hujah-hujah kehidupan yang sering dibicara bersama teman baiknya, Ahmad mudah untuk kak yong mengangguk faham.

          Pengakhiran buku ini, membawa satu renungan, bahawa benar firman Allah, dalam Surah Al-Baqarah, ayat 216 *kak yong ada kepilkan di kanan blog.

         Dapatkanlah, ya? Insya Allah, sarat dengan manfaat buat kita yang barangkalinya terlalu selesa dengan kehidupan hari ini.

fi hifzillah :)



No comments:

Post a Comment

Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰