Friday, October 20, 2017

Pemburu (Hilal Asyraf)

Salam alaik~

Okay. Since dah habis exam ni kan plus tengah cuti panjang, banyak benda yang nak share sebenarnya. Tapi jari ni dok malaih nak menaip. Hehe.
       Jadinya, disebabkan shopping di MPH dan Popular yang silih berganti cuti ni *pergh.nikmat*, jadinya, kak yong buat ulas buku lah yer?
       Actually, masih lagi dalam 'demam' buku kedua keluaran Teme Abdullah, one of my favourite author, yang kak yong baruu habis baca. Gigih tau tahan biar habis exam dulu baru nak beli. Haha.
Tapi sengaja kak yong nak buat review buku ni dulu sebab buku ni yang kak yong habis baca dulu.

tadaa!

























Penerbit : Hilal Asyraf Recources
Tahun terbit : 2016
Bilangan m/s : 415
Kadar suka : 4/5

Alright, buku ini dibeli oleh adik kak yong. Tak ingatlah dia beli di mana. Tapi, memang dari mula kak yong nak beli buku ni since ada pameran di sekolah kak yong, awal tahun hari tu. Sebab memang minat penulisan Hilal Asyraf ni.
       
         So, ceritanya tentang satu konspirasi besar oleh sebuah organisasi rahsia, Pemburu yang hendak melancarkan serangan besar-besaran untuk memporak-perandakan Malaysia. Apa yang kak yong suka dengan cara penulisan Hilal Aysraf ni, kebanyakan penulisannya berkisar tentang kemajuan dan kebangkitan Malaysia pada masa hadapan. Kiranya, organisasi ini memang bertungkus lumus nak jatuhkan kredibiliti Malaysia yang ketika itu sebagai salah satu negara Islam terkuat di dunia.
   

         Heronya, iaitu Bakri dan bapanya Mustafa yang punya sejarah hitam dengan organisasi Pemburu ini bertekad untuk menentang organisasi ini setelah menyedari bahawa organisasi ini yang juga bermatlamatkan perhambaan manusia telah membawa banyak kerosakan. Pengakhirannya? Happy + Sad . Haha, macam mana tu? Silalah beli kalau nak tahuu~
     
         Buku ni overall, macam buku-buku Hilal Asyraf yang lain- genre action. So, sesuailah untuk mereka yang minat cerita-cerita aksi, bahasa pun bagus. Cuma kak yong yang kurang minat sangat sebab banyak sangat aksi. Heheh  
         
        fi hifzillah :)


No comments:

Post a Comment

Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰