Salam alaik.
monolog;
Rindu yang membuak-buak.
Memaksa jari ini agar terus berlari mencipta rasa
Tatkala timbunan kerja melambai-lambai sentiasa
Sisi hati membisik agar memberi sedikit masa
Untuk sebuah coretan yang mungkin entah apa apa bagi mereka
Namun punya aura untuk terus bertenaga.
Yah.
Wajah baru
Konsep baru
Semangat baru.
Tidak dijamin akan berterusan
Namun akan kucuba
Mencipta pelbagai rasa
Agar tidak bosan dengan suasana yang sama
Didahului dengan foto
Tanda rasa yang sedang bersama
Majoriti pastinya bersama Sang Sagaa*
Ah
Sudah kujangka akan berpinar memilih yang sempurna.
Jikalau bukan
Sekiranya diizin Tuhan,
akan disertakan sumber
Agar punya rujukan buat kalian-
Yang itu bukan daripada hamba.
Terima kasih atas masa ini
Doakan hamba terus punya kuasa
Menempuh tembok-tembok ujian dengan sasa
Agar tidak ada lagi titisan yang sia-sia.
Moga terus qowiy,
doakan!
No comments:
Post a Comment
Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰