Saturday, April 15, 2017

Gelora

Salam alaik.

monolog;


Senja membiru
Membawa pergi cahaya siang
Seolah mengerti kegundahan jiwa
Hamba menular- ke kiri ke kanan
Kontradiksi masyarakat
Badai kehidupan yang pelbagai
Mungkin di Utara semuanya senang
Namun berbeza di Selatan yang berkeringat
Berbeza.

Kadang badai ini ingin sahaja hamba bersilengah
Namun tuntutan amar makruf nahi munkar tidak bosan menampar
Agar terus berlari menempuh realiti dunya
Yang memang penuh duri untuk disakiti
Untuk tidak lelah bangun berdiri.

Melihat mereka yang mudah menggenggam bintang
Buat hamba berfikir- adakah bintang yang hamba kejar itu;
sedang berlari menjauhi hamba
Kerana kepayahan ini kadangnya menguji hati
Dihentam kecamuk emosi.

Ah.
Hakikatnya Dia sentiasa memberi chenta
Yang kadangnya hamba lupa
Bahawa duri-duri ini adalah simbolik kasih-Nya
Kerna setiap perlanggaran itu,
barangkali  memang ada wangian di bawahnya.

Dunya.
'Allah bagi sebab kau mampu'- teman  



fi hifzillah .

No comments:

Post a Comment

Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰