Thursday, June 8, 2017

Ramadhan Kareem~

"dia ada satu rasa bersalah yang teramat when her own friend need some help- but she can't do anything. Sorry dear,"- Sang Perisai Bertangkai.

                                                                  . . . . .

Salam alaik!
Hai semuaaa. Hahah. Wow. Lama tak jenguk. It's Ramadhan guys! Subhanallah. Yeah, this year actually a bit different than last year because the first Ramadhan started on school holiday. Yes, for sure I'm really happy for it. But there're a lots of mehnah at home, as you guys know well hehhe. 

          Yalah, asrama mengajar si penduduk untuk menepati masa dan menuruti loceng. Rumah? Hahah. Menepati citarasa dan menuruti kehendak hati? Hahah. Ini pun hakikatnya adalah satu usaha untuk memanfaatkan masa, sebenarnya. Tak nak dah buang masa. Huaa. Rasa sedih sungguh kalau nanti akhir cuti rasa macam tak buat apa-apa. Huhu :"(



*sumber gambar~ klik SINI


Fajar ini, atmaku bergelora
Entah kenapa, aku mudah terasa
Sakitnya mahu memberi 
Buat jari ini menari tidak keruan
Ah
Seharusnya aku pegang prinsip itu
Tidak perlu dilayan monolog yang  bercelaru
Seharusnya aku berjalan terus
Kerna kau sendiri tahu
Qulb itu mudah tersentuh. Duh

Buat kau, pejuang bersama
Kemaafan aku hulur dengan setulus hati
Kerna aku bukanlah pejuang yang pantas denganmu
Aku terlalu melayan suuzhon hati
Walau nanti hati ini juga yang sakit
Aasif, atas segalanya
Bukan atas asbab Ramadhan
Tetapi kerana tuntutanNya- Sang Pencipta Ramadhan
- untuk saling mengasihi sesama saudara.
Fi hifzillah, ukhti 

Ramadhan,
Hadirmu membawa sejuta rahmat
Tanda kasih dari Langit
Menyedarkan sang perantau yang alpa
Bahawa kau hanyalah perantau- yang bermusafir
'Kampung halaman' yang terus-terusan memanggil
Agar senantiasa bersiap pulang
Dan tidak kembali bersama tangan yang kosong.

Ramadhan,
Segala puji itu layaknya buat Dia Yang Esa
Yang tidak pernah putus memberi kemaafan
Biarpun khilaf sang hamba bergunung
KataNya; Berdoalah. Nescaya aku kabulkan.
Sungguh,
Seagung pujian itu hanya untukNya

Subhanallah wa bihamdihi-
Subhanallahal 'adzim.

No comments:

Post a Comment

Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰