Sunday, June 11, 2017

Bintang yang Menjauhi

Assalamualaikum :)

Tadaaa! Kak yong tukar nama blog~ Gigih tau sahirul lail lepas buat entri semalam. Haha. Nama yang dulu, kan? Macam yang kak yong cakap kat SINI dulu, Diari Permata Sutera adalah gabungan nama rumah kak yong dulu dengan sekarang kan? *Hahaha. Lawaklah. childish betul  So, kak yong tukar nama ni bukan sebab kak yong dah tak se-sentimental dulu, tapi sebab angan2 kak yong yang mahukan 'permata' dalam setiap bicara picisan ini. Eheh.

So, wokeh. Kita berbalik kepada tajuk asal.

LARI .



Mr Time; Alice Trough The Looking Glass.

Alright. Sebelum tu kalau sesiapa yang dah tengok filem ni, mesti kenal kan Mr Time ni? Of course. Watak utama kut. Dia ni kiranya dalam cerita ni, ialah Masa. Dia kata selama ni kita guna dialah. Hahah. Kalau macam tulah kita boleh sembang dengan dia, teringin nak tanya, dunia ni sampai bila?

Masa Si Alice ni nak minta Encik Masa putarkan masa ke masa lampau untuk tolong kawan dia, ingat tak apa yang Encik Masa ni cakap,

"you cannot change the past. Thus, you must learn from it"-Mr Time


Nampak tak? Even, empunya masa pun, kononnyalah, cakap yang kita memang tak boleh nak ubah masa lalu. Even, kalau dia tersilap putar or dia 'termatikan' orang cepat pun, dia still tak boleh nak ubah dia. Ha, pening dah

Nak cakap yang kita, as manusia, as hamba highlight-nya, memang tak lari daripada buat silap. 
Sebab, nobody is perfect. Hah. Cliche. Tapi, kadang-kadang itu yang kita lupa. Kita lupa yang tiada sesiapa yang sempurna dalam dunia ni. Kadang-kadang, kita nampak orang sekeliling kita happy, kereta besar-besar yang biasanya suka hon kuat-kuat  , kadang senyuman tu tak sama yang nun jauh di sana. Hati.

Dan setiap kekhilafan kita, harus disusuli dengan tindakan yang menginsafi. Belajar. You must learn from it. Sebab mana mungkin kita mahu jatuh dalam lubang banyak kali, kan? Ada mereka yang Allah sayang lebih, Allah uji jatuh dalam lubang banyak kali. Dan yang lebih nikmat, setiap lubang yang menyusul semakin dalam. Kenapa nikmat? Sebab dalam diam, Allah membina kekuatan dalam diri kita. Sekali jatuh, sakit sekali. Kali kedua jatuh, kita dah mula belajar nak berdiri tegak, tak nak jatuh lagi, even kaki dah berdarah-darah. Dan akhirnya kita dah mampu berjalan dengan teliti.

Dan mungkin kerana ujian2 itu, ada mahligai yang sedang dibina di 'sana'. Kerana untuk menggenggam bintang itu tidak mudah, sekalipun seperti bintang itu sedang menjauhi. Sebab itulah Rasulullah SAW sangat menitikberatkan ukhuwwah yang diredhai-Nya. Kerana saudara itu saling melengkapi. Saling menyayangi. Kita saling membina kekuatan di sebalik kelemahan saudara kita. Kita tolong dia, dia tolong kita. Saling memahami kelemahan bukan untuk dipinggirkan, mahupun diaibkan, tetapi untuk menguatkan rasa chenta keranaNya.

fi hifzillah :)


"Sekalipun nasi sudah menjadi bubur, jadikan itu bubur yang paling sedap di dunia!"



No comments:

Post a Comment

Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰