Tuesday, August 29, 2017

Gapai

Bismillah

monolog;



Teman,
Tidak menghalang itu tidak bererti tidak cinta
Membiarkan itu tidak bererti tidak sayang.


Teman,

Satu yang kumahu kauingat.
Melepaskan itulah tanda setulus kasih
Andai pergi itu keperluan kau-
Kehendak kau-
  pergilah.
Mungkin bahagia sedang menantimu di sana.


Tidak perlulah kau lelahkan diri-

merisaukan bumi ini.
Kata mereka-
  baik-baik sahaja semuanya.


Pergilah.

Turutkan kemahuan ayah dan bondamu.
Mereka lebih memahami.
Terlalu banyak keringat yang sudah tertitis
Mungkin ini waktunya-
  kita ciptakan senyuman buat mereka.


Kita nanti pasti ketemu.

Dunia ini tidak ke mana.
Alih-alih akhirat juga kita berjumpa.
Hehe


fi hifzillah :)

No comments:

Post a Comment

Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰