Sunday, June 11, 2017

Iftar Perdana IQ Malaysia @ PWTC, KL

Salam alaik semua~

Subhanallah, dah 15 Ramadhan dahh. Dah boleh ready marathon lailatul-qadr ya? Haa. Kak yong doakan kita diberi rezeki olehNya untuk menggapai malam terindah tu, yer?
Allahumma ballighna ila lailatil-qadr :)
          Malam ni kak yong saja nak kongsi iftar tadi. Anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim (IQ) Malaysia. Mereka ini adalah salah satu pertubuhan dakwah di Malaysia inilah kiranya. Ditubuhkan pada pertengahan tahun 1998, mereka bergerak aktif dalam penyebaran ilmu, dakwah dan kebajikan serta kegiatan sosial yang lain. Diasaskan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin bersama rakannya Yg Bhg Ustaz Abdul Rasyid bin Idris. Dan salah seorang antara mereka ini ialah pak cik kak yong. Hehe, sebab tulah dapat pergi nih~
         Best sangat. Selesa. Makan okay. Terawih sama-sama. Cuma kak yong tak sempat nak dengar mereka berforum tadi sebab berkejar ada hal. Tapi ramainya oraangg. Bersesak jugalah. Tapi okay sahaja sebab askar-askar 'behave' *heh -_-





Yahh. Mantop2 panelnya, kan? Hahah. *Rugi tak dengar pak cik bagi talk tadi :"


Mama kata ada Adam Corrie tadi. Huhu. Tak ternampak pula.





Wahh.. Dapnya makan~ *pandang mana tu uda ?




Pujuk memujuk Muhammad. Ligan betul dia tadi. Fuhh



Ala kulli hal, alhamdulillah. Semua berjalan lancar sampai habis. Mood kak yong pun okay. Hehe. Risau juga kalau ada benda slack tiba-tiba. Tapi alhamdulillah, Allah ease everything :") 

fi hifzillah :)








No comments:

Post a Comment

Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰