Thursday, December 15, 2016

Pelukis Jalanan (Teme Abdullah)

Assalamu'alaikum :)

Seperti yang sudah dinyatakan semalam  entri yang lepas, kak yong kata kak yong nak buat review buku, kan? Baiklah. Buku yang kak yong akan review ini agak special sikit. Dah jadi top di MPH dan sudah pun pernah ditemu bual oleh MHI. Jadi kak yong minta maaf andai ada kekurangan pada review ini. Huhu

























Penerbit : Iman Publications
Tahun terbit : 2016
Bilangan m/s : 215
Kadar suka : 5/5

Hakikatnya, buku ini kak yong beli bukanlah atas kerelaan kak yong. Haha. Kawan-kawan yang suruh beli sebenarnya. Katanya best. Masa beli tu ragu2 jugalah. Tengok cover tak adalah lawa sangat. Lagipun kak yong bukanlah jenis yang ikut review orang sangat. Ada orang kata buku tu best tapi kak yong rasa biasa2 sahaja. Memang tawakkaltu 'ala Allah sahajalah masa tu.


          Tapi bila dah baca, pergh. Memang sehari dah habis. Penangan dia sampai lepas itu kak yong terus follow Teme Abdullah. Ceritanya mengisahkan kehidupan penulis ini sendiri, Teme Abdullah (bukan nama sebenar) ketika berada di tempat pengajiannya di negara barat. Bermula apabila beliau terkandas di A-level, kemudian beliau mengambil keputusan untuk sambung belajar di United Kingdom dengan biaya sendiri. Disebabkan kewangan yang kurang terurus di sana, beliau terpaksa bekerja di fast food restaurant untuk survive.

          Dan banyak lagi keperitan dan kegagalan yang Teme coretkan dalam novel sulungnya ini sebenarnya. Buku ini memberi pengajaran supaya tidak penat dalam menuntut ilmu dan ia juga memberi banyak inspirasi kehidupan terutamanya bagi penggemar seni lukis.

          Insya Allah, ini sahaja ulasan daripada kak yong. Seriously, bagi kak yong buku ini memang sangat best. Tak rugi beli.

fi hifzillah :)


No comments:

Post a Comment

Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰