Tuesday, December 13, 2016

Hakikat Sebuah Kesenangan

Assalamu'alaikum :)

Tiba-tiba kak yong rasa nak share apa yang kak yong lalui semalam. Allah..

Baba memang selalu bawa kami sekeluarga jalan2 KL. Memang biasanya baba bawa waktu malam.. Dapat tengok lampu2. Sambil tu baba suruh kitorang ambil pengajaran daripada kehidupan ibu kota. Biar punya cerita buat ummah. Biar nanti kita tidak lagi bicara kosong.

          Daripada masa duduk di Hulu Kelang dulu sampailah masa duduk Kajang sekarang. Lagipun memang rumah nenek di Hulu Kelang, so alang2 balik rumah rumah nenek lepas tu baba bawa kami jalan2. Kak yong kiranya agak expertlah jalan KL ni. Eceh

          Ok. Tiba2 malam tadi baba bawa kami jalan2 kat tempat2 yang kak yong tak pernah lalu. Dah kata bawa malam2 kan, KL pula tu, alamatnya memang banyaklah kerosakan ummah yang kami tengok. Kak yong yang memang suka jalan2 ni, memang nak baba bawa kami jalan2 jauh sikitlah. Lagipun disebabkan kak yong dah terlajak tidur petang tu, memang mata segar bugarlah.

          

Ibu negara kita yang terchenta. Heh 
*sumber gambar klik SINI


          Btw, masa ni dah pukul 12 lebih okay. Haha. Kitorang sampai rumah dah nak pukul 2 pagi. Actually bukan jalan2 lama sangat. Tapi baba tiba2 tersesat. Bayangkan betapa lamanya kami kat tempat2 maksiat tu. Allah.. Memang masa tu kami masuk lorong2 disko, club, pelacur semua ada. Bingit telinga. Bergelak tawa, berpelukan, berjimba. Memang sepanjang perjalanan tu kak yong istighfar banyak2. Kak yong agak bersyukur adik2 dah tidur masa tu. Memang Allah nak tutup pandangan diorang.

          Baba siap kata, "ni kalau Allah turun bala masa ni, memang kita kena tempias sekali ni. Nauzubillah.." Kak yong dah takut dah. Dalam kesejukan penghawa dingin yang mencengkam tulang sambil mata terhidang dengan pelbagai kemurkaan Allah, memang buat kak yong tak senang duduk.



          Lepas tu kami lalu bahagian orang2 merempit. "Kak yong, tengok ni. Ni semua Melayu kak yong, semua Melayu. Macam ni nak perintah negara kita nanti?" Nada baba berbaur kesal. Tegar mereka berperlakuan begini pada hari mulia ini. Maulid Nabi. Malu .

          Apa yang jadi semalam memang satu pengalaman untuk kak yong yang selama ini hanya tahu melalui medium sahaja. Nah, bila dah terhidang pemandangan macam tu, iman memainkan peranan yang sangat penting. Jika hanya senipis kulit bawang, pasti sudah terlopong. Ini yang Allah kata dalam An-Nur, 31. Ayat cliche kut. Jaga pandangan, maruah. Semua rujuk pada ayat ni.

         Terdetik rasa kasihan. Pada ketika kita sedang enak menikmati keenakan iman, ada mereka yang perlu melalui perjalanan yang sukar untuk menikmatinya. Ummah beginilah yang perlu diberi perhatian, bukan kutukan mahupun celaan. Mereka ini yang istimewa sebenarnya. Kerana kadangkala usaha untuk mencari hidayah itu yang disayangi Tuhan sebenarnya.

         Mereka ini juga buat kita sedar, bahawa kita sudah tidak punya waktu untuk berselimut lagi. Kita sudah tidak punya masa untuk bertelagah pada hal yang remeh. Untuk berbahas soal cintan-cintun yang sungguh tidak menunjukkan sebuah kematangan sebenarnya. Kita rindukan remaja yang memikirkan masalah ummah, masalah global, ancaman musuh Islam. Inilah remaja harapan agama untuk menegakkan Islam di muka bumi ini nanti.

         Semoga ia juga menjadi sebuah peringatan buat kak yong agar tidak hanya tahu menaip kencang sahaja. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam zilal (lembayung) rahmatNya. Amin~ 

fi hifzillah :)

2 comments:

  1. Kalau boleh like dah lama saya klik. Huehuehue. Amin. Mudah mudahan :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heyy. Apa ni apa ni. Haha. Btw, terima kasih :) Insya Allah, mudah-mudahan.

      Delete

Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰