Monday, December 12, 2016

Kak yong & Alasan

Bismillahirrmanirrahim

Salam alaik netizen semua!

Allahu~ Lamanya tak tulissssssssssssssssss. Haih . *ok start nak bagi alasan* Banyak benda jadi sebenarnya dalam kira2.. Jap. Err.. Lebih kurang empat bulan ni ha. Allah. Ini pun sebenarnya rajin tak rajin tau. Huhu.
       
          Bagi memudahkan kalian membaca penulisan kali ini yang pastinya akan dibelitkan dengan pelbagai alasan, hahah. Jadi kak yong akan buat sistematically, alright? 

Okay.



1. Yang pertama, mood blogging kak yong mula hilang disebabkan Sang Sagaa yang mengalami kecelakaan. Sang Sagaa? Hahah. Itu kamera kesayangan kak yong. Huhu. Mostly gambar yang kak yong letak dalam ni adalah daripada jasa baik Sang Sagaa yang tidak kenal erti penat & lelah dengan kak yong yang sungguh cerewet dalam mengambil foto ini. Haha.
       
          Ianya bermula ketika salah seorang askar kak yong *adik okay adik* dengan penuh riangnya dan penuh ingin tahunya 'bermain' bersama Sang Sagaa yang mungkin ketika itu sedang meraung kesakitan. Okay kak yong tak tahu sama ada dia main ketuk2 atau apa. Tapi yang pasti kak yong masa itu berada di dalam bilik. Tiba-tiba mama panggil, "kak yong, Muhammad main kamera kak yong!" Haha tiba2 kak yong teringat yang kamera itu sedang charge. Haha kak yong pun apa lagi, berdesuplah. Huhu. Memang masa kak yong tengok tu lens dia dah senget sebelah. Haha bayangkan perasaan kak yong masa ituu :"(

           Baba pernah bawa ke service centre, tapi harga dia jauh lebih mahal daripada harga kamera tu dulu. Huhu baik tak payah. Memang masa itu  kak yong moody lama jugalah. Astaghfirullah. Kak yong sedar tidak sepatutnya kak yong bersedih atas asbab kebendaan. Dan kak yong juga sedar tidak ada yang kekal selain Allah, tetapi kak yong begitu sedih dengan cara ia meninggalkan kak yong. Kerana kecuaian kak yong sendiri. Kak yong tak salahkan sesiapa. Muhammad pun mana dia sedar yang ketuk adalah cara untuk merosakkan kamera. Huhu

2. Blog kak yong ada problem. Okay. Kak yong akui kak yong kurang mahir dalam bab2 IT ini, dan biasanya baba yang tolong kak yong. Tapi disebabkan baba yang kadangkala sibuk dan kak yong yang sendiri lupa, maka blog ini dibiarkan tersadai kesepian. Hadoi. Maaflah kak yong memang susah nak cari mak cik rajin. Suka sangat menyorok.

3. Kak yong rasa blog kak yong tak cantik. Haha. Okay, ini agak mengada, but seriouly I'm a bit jealous for those yang ada blog lawa2. So, kak yong pun seharianlah menghias blog. Tetapi laptop pula problemm. Allah.. Memang bertangguh2 lah. * jangan contohi saya*

4. Busy. Fullamak. Macam sibuk sangat. Tapi betullah, ini memang alasan semua orang yang ada blog tapi lama tak update. Okay alasan malas juga boleh diterima. Tetapi memang semua orang ada kehidupan yang perlu diutamakan dulu, kan?

Baiklah, mungkin ini sedikit sebanyak alasan kak yong kerana blog yang bersawang ini, harap kalian boleh terima. Mungkin ia agak merapu, tetapi memang inilah alasan kak yong. Err.. Lebih kuranglah.

Tetapi sebenarnya tak elok terlalu banyak memberi alasan ini. Bak kata pepatah "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih." Haha. Ini semua adalah penjelasan kak yong buat para pembaca yang tertunggu2 karya kak yong. Eceh. Macam ada. *ada okay ada*. Insya Allah ini sahaja daripada kak yong.

Sebelum itu kak yong nak minta maaf terlebih dahulu, mungkin entri kak yong selepas ini akan ada banyak kekurangan disebabkan laptop yang masih kurang 'sihat', kamera yang rosak yang akan mengurangkan jumlah gambar yang masuk, dan sebagainya, okay? Doakan kak yong lebih qowiy selepas ini dan mudah untuk dipertemukan dengan mak cik rajin yang suka sangat main sorok2.

fi hifzillah :)

 

No comments:

Post a Comment

Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰