Monday, June 6, 2016

Ramadhan Mubarak

Assalamu'alaikum~

Ramadhan kareem!

Allahu akram!

Pejam celik. Pejam kemudian celik lagi sekali, Ramadhan dah tiba. Rasa sekejap sangat, kan? Atau kak yong sahaja yang rasa? Haih, apa-apalah.
          Ramadhan kali ini, sekali lagi- seperti Ramadhan yang sebelum ini- mengharap perkara yang sama- agar lebih baik daripada Ramadhan sebelum ini. Barangkali ini Ramadhan terakhir?

Saturday, June 4, 2016

Sesegar Nailofar (Zaid Akhtar)

Assalamu'alaikum~


























Penerbit : PTS Publications Sdn Bhd
Tahun terbit : 2015
Jumlah m/s : 256
Kadar suka : 5/5

Fuhh.. Sekali lagi Zaid Akhtar tidak pernah mengecewakan kak yong. Kak yong dah mula jatuh cinta dengan gaya penulisannya yang ringan tetapi sarat dengan pengajaran dan tauladan. Sejak kak yong baca buku Salju Sakinah karyanya dulu, kak yong mula tercari-cari buku dia yang lain.

Friday, May 27, 2016

Menjadi seorang pelajar

Assalamu'alaikum~

Tadi, kak yong tolong mama key-in markah. Anak cikgu, benda2 macam ini kira biasa- tanda kertas, tolong buat laporan. Heheh. Kak yong suka apa. Kadang-kadang kak yong yang minta :p
       
          Yalah, masa balik rumah inilah waktu yang kita nak bagi mak & ayah kita rehat, kan? Kalau tak bila lagi? Dahlah jarang balik. Masa-masa macam inilah nak buat pahala banyak-banyak ;)

          Ok2. Tadi, masa kak yong tolong k/i, kak yong ada buat untuk budak2 yang kelas 'depan'. Huish.. Lawa2 nombornya. sederet angka satukosongkosong. Haha. Senang ek subjek ini, dik? Sambil k/i kak yong tersenyum sorang2. Lama rasanya tak dapat result dengan nombor2 cantik macam ini. Haha. Rindu.

Thursday, May 26, 2016

Doa.

Assalamu'alaikum~

Entri ini sewajarnya ditaip pada semalam, pada tarikh yang penuh bermakna. Tetapi atas dasar kealpaan duniawi *astaghfirullah* maka secara tidak langsung, kak yong terpaksa menangguhkan pada hari ini. Itupun setelah berkali-kali hati kecil ini memaksa jari-jemari kak yong yang kelihatan sungguh lesu lagi tidak bermaya pada waktu ini. Duhh.
          Baiklah, diiringi dengan kata-kata semangat bahawa masa itu pedang, sambil telinga dibuai lembut dengan rentak piano daripada Yiruma, kak yong mulakan. 

Yeah!
                       

(penggunaan 'aku' terpaksa digunakan agar struktur ayat menjadi lebih gramatis.eceh)

Friday, March 11, 2016

Peace Be Upon You

Assalamu'alaikum~

status: Entri ke2, tahun 2016, 1437 h.

Apa khabar dunia? Maaflah. Kak yong terlalu sibuk akhir-akhir ini. Ucapan tahun baru pun kak yong tak ucap, betul tak? *sengih 'kerang wangi', garu kepala*

Sekali lagi kak yong betul-betul minta maaf. Err... Jika dengan alasan masa yang sentiasa 'cemburu', boleh terima tak? Huhu.
Setiap kali dah lama tak post entri, mesti alasan sibuk. Huhu. Memang itu sahaja alasan yang sebenarnya. Atau tidak ada idea juga sebenarnya adalah salah satu faktor jarak masa yang banyak di antara setiap entri.

Cerita Cinta Ahmad Ammar (Grup Penjejak Tamadun Dunia)

Assalamu'alaikum~

























Penerbit : Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd
Tahun terbit : 2014
Jumlah m/s : 360
Kadar suka : 5/5

Buku ini merupakan sebuah pemberian daripada baba ketika kak yong masih berada di sekolah rendah dulu. Kerana masih dalam usia masih setahun jagung, membaca buku2 seperti ini-nonfiction, membantu menambahkan pengetahuan kak yong untuk mengenali dunia. Ketika itu kak yong masih baru mengenali Ahmad Ammar sejak sebuah tragedi yang menimpanya sehingga membawanya bertemu Sang Pencipta.