Assalamu'alaikum~
Penerbit : Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd
Tahun terbit : 2014
Jumlah m/s : 360
Kadar suka : 5/5
Buku ini merupakan sebuah pemberian daripada baba ketika kak yong masih berada di sekolah rendah dulu. Kerana masih dalam usia masih setahun jagung, membaca buku2 seperti ini-nonfiction, membantu menambahkan pengetahuan kak yong untuk mengenali dunia. Ketika itu kak yong masih baru mengenali Ahmad Ammar sejak sebuah tragedi yang menimpanya sehingga membawanya bertemu Sang Pencipta.
Beliau merupakan seorang insan biasa yang tidak dikenali semasa hayatnya, namun menjadi kebanggaan selepas pemergiannya. Perjalanan hidupnya yang bermatlamatkan sebuah syahid membuatkan kak yong membaca dengan penuh emosi. Maha Suci Allah. Perjuangannya dalam membantu ummah dengan memegang prinsip bahawa 'dunia ini tempat berpenat, akhiratlah tempat aku berehat', membawa hidupnyanya kepada sebuah pengakhiran yang baik seperti yang diidamkannya. Insya Allah :)
Kisah hidupnya membuatkan kak yong sedar, bahawa selama ini kita terlalu banyak 'tidur' dalam keadaan kucar kacir di luar sana. Masih ramai yang memerlukan.
fi hifzillah :)

No comments:
Post a Comment
Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰