Friday, March 11, 2016

Peace Be Upon You

Assalamu'alaikum~

status: Entri ke2, tahun 2016, 1437 h.

Apa khabar dunia? Maaflah. Kak yong terlalu sibuk akhir-akhir ini. Ucapan tahun baru pun kak yong tak ucap, betul tak? *sengih 'kerang wangi', garu kepala*

Sekali lagi kak yong betul-betul minta maaf. Err... Jika dengan alasan masa yang sentiasa 'cemburu', boleh terima tak? Huhu.
Setiap kali dah lama tak post entri, mesti alasan sibuk. Huhu. Memang itu sahaja alasan yang sebenarnya. Atau tidak ada idea juga sebenarnya adalah salah satu faktor jarak masa yang banyak di antara setiap entri.



          Kerana terlalu sibuk pastinya penat itu ada. Sebagai insan biasa, keluhan itu pasti ada. Jika difikirkan, penat ini berbanding penat Sang Kekasih-Nya, berbeza. Jauh berbeza. Jika diumpamakan seperti langit dan bumi, bezanya lebih lagi.

          Malu. Malu kerana terlalu banyak mengeluh untuk penat yang... hujung kuku sahaja, mungkin. Kadang bila kak yong rasa seperti ingin jatuh. Kak yong cuba cari kekuatan yang sebenar. Kerana kak yong risau jika terlalu jauh kak yong jatuh, kak yong tidak mampu bangun lagi *nau'zubillah*
Ketika itu, benar kata orang. Bila mengadu pada-Nya, leganya itu tidak terkata.

Dalam usrah baru-baru ini, naqibah kak yong tanya, kenapa kalau kita rasa kita lemah, kita akan pandang langit? Kalau nak kata pandang Allah, bukankah Allah itu di mana-mana? Bukan hanya di langit.
Kami diam membisu .Mungkin ada antara kami yang sedang berfikir. Dan kak yong seperti mereka, berfikir. Heh, KBAT betul.
Kerana terlalu lama 'berfikir' (atau lebih kepada menunggu 'disuap' sebenarnya), naqibah jawab sendiri;
   Sebab fitrah manusia, bila dia rasa lemah dia memerlukan yang lebih 'kuat' untuk membantu. Bila pandang langit, dia akan rasa ada 'kekuatan' di atas dia.
Allah.. *sigh*

fi hifzillah :)


4 comments:

Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰