Tuesday, September 6, 2022

Kuat dan Gagah

Salam alaik🎈

Seandainya untuk manjadi kuat dan gagah itu semudah memetik bunga, pasti hidup ini akan lebih baik bukan?

    Pasti tidak akan ada lagi gelisah untuk melalui hari esok. Pasti tidak akan ada lagi air mata yang mengalir dipujuk bantal sebelum tidur. Pasti tidak akan ada lagi sakit yang perlu ditanggung sendiri agar tidak menjadi risau. Pasti tidak akan ada lagi yang tersandar di bilik sambil menahan esak agar tidak diketahui orang. Pasti tidak akan ada lagi hati yang bertelagah agar kembali pulih, kembali teguh, kembali menempuh hari-hari yang kian pahit, asal tahu, hidup itu halanya harus ke hadapan.

    Pasti semuanya indah, dan baik-baik belaka. 

"I can't promise the story has a happy ending, Clay. What happens to us, it may only have the senses that we make of it. But i do know that it is in the telling the story, that we learn who we are. And maybe see who we might become." (Dr. Ellman, 13 Reasons Why)

Namun tidaklah hakikat dalam menghadapi masalah dan ujian, dengan upaya untuk membina kuat dan gagah itu, sebahagian daripada seni-seni kehidupan. 

    Yang usaha untuk kembali berdiri itu layaknya seperti berus lukisan. Yang gigih memujuk hati agar tidak putus asa itu lagaknya seperti sirna warna-warni di atas kertas.

    Ya, usaha dan cekal untuk menghadapi masalah itu, seni sebenarnya.

    Jika hari ini kuatnya kita untuk menempuh hari yang sukar itu adalah dengan secangkir kopi harum dan memakai pakaian yang digemari, barangkali lusa berlainan pula cara yang diperlukan. 

    Jika hari ini kita memerlukan sarapan yang enak untuk membina motivasi di kelas yang sukar, barangkali keesokan harinya sarapan pula itu akan menambahkan kantuk di kelas.

    Lantas akhirnya, terlahirlah lukisan indah di atas kertas kehidupan.

Lain ujian, lain cara yang diperlukan untuk menghadapinya. Dan begitulah Tuhan membina kuat dan gagah, serta mempersiapkan hamba yang disayangiNya itu, bahawa kehidupan ini lebih banyak lagi yang perlu dihadapi. 

    Dan lebih banyak cara untuk membina kekuatan yang berbeza-beza dalam setiap liku dan ujian. 

    Semoga setiap kelelahan dan kepayahan yang dilalui di dunia ini, menjadi asbab redhaNya buat kita semua, amin.

    fi hifzillah :)

No comments:

Post a Comment

Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰