Wednesday, September 14, 2022

Empunya

Salam alaik✨

    Macam yang kita tahu, minggu lepas merupakan minggu cuti sekolah. Saja nak cerita, hari Ahad tempoh hari kak yong rasa sedih sangat2 sebab adik2 kak yong (ateh dan ude) dah pulang ke asrama semula. Rasa sedih betul sebab sepanjang hampir tiga bulan kak yong cuti duduk kat rumah ni, memang selalu kak yong tertunggu-tunggu cuti panjang supaya rumah ni boleh lengkap semula tujuh orang adik-beradik. Dan kak yong sedih sebab cuti sekolah minggu lepas barangkali yang terakhir complete 7 orang sebelum kak yong balik kampus awal Oktober nanti.


    Rasa sedih betul sebab fikir-fikir balik kitorang dah mula masuk fasa yang susah nak cukup semua orang dalam rumah. Bila kak yong cuti semester, ateh pula tak cuti. Bila ude cuti, achor pulak masih di universiti. Huhu.. Rasa rindu zaman kecik-kecik (lagi-lagi bila baca balik entri blog ni yang dulu-dulu. Terasa sungguh masa yang berlalu tu😞). Rumah ni kalau sorang tak ada pun, memang terasa sungguh sunyinya...

    Lagi terasa sedih tu sebenarnya sebab hampir dua tahun PKP, rumah ni sentiasa riuh sebab semua orang ada di rumah. Ingat lagi baba kata dulu, ni lepas habis PKP ni mesti susah dah nak ramai-ramai macam ni😞 

    Kak yong cuba pujuk hati, bahawa adik-adik kak yong ni bukan kepunyaan kak yong. Bukan juga kepunyaan baba mama. Mereka semua Allah yang punya. Kehidupan mereka milik Allah. Maka kerana Allah jugalah, mereka berhak bertebaran di atas muka bumi, untuk berjuang di atas jalan-jalan Allah. 

    Lantas rasa sayang yang terbaik itu bukan dengan cara menggenggam kuat, bahkan adalah dengan melepaskan, mendoakan, dan mengikhlaskan agar mereka terus memberi manfaat kepada setiap perkara yang berada dalam hidup mereka. 

Betapa kita semua ini milik Tuhan, berada dalam penguasaan Tuhan. 

Tiada sebaik-baik tempat untuk disandarkan urusan, melainkan Tuhan. 

fi hifzillah 🤍




No comments:

Post a Comment

Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰