Salam alaik🎆
Hai semua! Kah. Lama kan tak post apa-apa? Hehe. Sebenarnya banyak je benda nak tulis kat blog ni, tapi begitulah, antara punya waktu, atau kerajinan saja hahaha
Kak yong sekarang ni sedang cuti semester. Dah nak habis dah pun. Less than a month. Lepastu kembalilah saya kepada dunia yang nyata dan penuh kesibukan. Tiada lagi keseronokan bersantai-santai di rumah, bermalas-malasan atas katil... Ahh indahnya kalau hidup ni selamanya macam ni hahahaha
Kak yong cuti kali ni agak lama jugak sebenarnya. Dan banyak benda yang dah jadi sepanjang cuti ni. Banyak yang kak yong hadapi sendiri, yang mengerti sendiri, yang berdiri sendiri, yang pujuk sendiri. And that's okay man. That's a part of life. Allah doesn't put His servants in sorrow and trials for no reason isn't?🎇
A dream does not become reality through magic. It takes sweat, determination, and hard work.
Kalau ikutkan cuti yang lama ni, kak yong nak buat part time sebenarnya. Sebab macam cuti semester yang sebelum ni, kak yong memang buat part time di satu syarikat penerbitan buku tempatan. Tapi apakan daya disebabkan banyak kekangan, at the end, kak yong jadi pengasuh Najat kat rumah saja😂
Kalau ada antara kalian yang masih ingat Najat (klik
SINI untuk baca entri kak yong tentang kelahiran adik bongsu kak yong ni. Sobs how fast time flies.. ), hehe Najat dah 4 tahun dah! Hahaha masya Allah Najat membesar dengan penuh celoteh, drama, pening kepala 😮💨 dan yang selalu membawa gelak tawa!
Sementara kak yong lama kat rumah ni, memang kak yong banyak masa dengan Najat. Sebab kalau hari weekdays, kak yong biasanya duduk dengan Najat saja sementara mama dan adik2 yang lain pergi sekolah dan baba mengajar. So kak yong target sebelum kak yong masuk kampus balik bulan 10 ni supaya insya Allah Najat dah sampai Iqra' 3 dan dah kenal huruf2 dan matematik asas. Haha memang sekolah ya Najat di rumah 👍
Dulu baba suruh toilet training dulu sebab ada beberapa aspek lagi Najat still terkial-kial. Tapi huwaaa jenuh sungguh lahai si kecil ni sebab suka main-main! Tapi alhamdulillah time will heal🤣 By the time Najat semakin besar ni, dia dah pandai sendiri dah dan dah tak semakin terkial-kial😂
Tapii ish yang Iqra' tu.. Dia bila dah masuk huruf2 yang ada mad asli, dia mula rasa susah dan cepat je hilang fokus🤯 Baca-baca, stop. Baca-baca, nak sembang. Kak yong macam ish tak taulah sempat ke idok nak habiskan sebelum kak yong masuk kampus ni sebab tinggal kurang sebulan je lagi. Haihh tak apalah, biar lambat asal selamat tak gitu?😮💨
Masa ni cepat je berlalu sebenarnya. Lagi-lagi bila kita dah mula sibuk dengan belajar, kerja, atau apa-apa saja, lagi cepat kita akan rasa masa tu berlalu. Macam kak yong dulu, duduk asrama lima tahun, kak yong banyak terlepas masa-masa adik-adik kak yong membesar. Tup-tup balik asrama tengok Muhammad dah pandai cakap. Tup-tup balik asrama tengok Hanaa dah masuk sekolah rendah.
Masa ni memang kejam. Kita lambat, kita sedih, kita gembira, masa tu tetap akan berjalan. You may delay, but time will not. Akan ada detik-detik yang kita rasa sedih sangat bila teringat masa-masa lalu. Rasa nak undur balik. Tapi nak buat macam mana, masa yang berlalu ni bukan dalam kawalan kita. Jadi apa yang kita boleh kawal ialah diri kita dalam berhadapan dengan masa ni supaya tidak ada penyesalan, supaya hati yang sedih itu tahu menerima- bahawa kita memang tak punya apa-apa di dunia ni. Semua Allah punya. Jadi suka atau tidak, semua akan pergi.
Jadi bagaimana? Be in the moment. Focus on the good things.
Don't cry over the past, because it has gone.
Don't stress about the future, because it hasn't arrived.
Live in the present, and make it beautiful.
fi hifzillah :)
No comments:
Post a Comment
Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰