Salam alaik!
Pergh. Rindu. Haha
Pergh. Rindu. Haha
Alang2 cuti sekarang ni sempena Tahun Baru Cina plus ole2 homework yang masih bertimbun, kak yong decide nak post benda baru sebentar.
So, dalam jarak tempoh yang agak lama daripada post yang sebelum ni, banyak benda sebenarnya yang jadi. Dan salah satu daripada 'benda2' itulah, asbab kak yong dah lama tak blogging.
Antaranya kak yong nak cerita yanggggggg kak yong dapat adik baruuuuuuu *sound effect hoorayy!!*. Hamdallah~ Semuanya dipermudahkan 😊 Mama mudah bersalin, baby pun sihat, Muhammad pun boleh adapt dengan adik dia and jadi abang yang matured.
Terkejut sungguh balik asrama tengok Muhammad dah nampak gaya abang-abang. Hahah
These cutie-tiny toes always make me gerammm!
This bundle-of-joy's name is Najat (نجاة) with a very beautiful meaning; Rescuer (Penyelamat). Kak yong doakan semoga si comel ini dan semua adik2 kak yong menjadi hambaNya yang teguh dalam agama untuk menempuh dunia yang penuh pancaroba ni. Menjadi puteri yang solehah, hamba yang taat perintah Allah, kuat imannya dan hadirnya ini membawa manfaat buat ummah :")
Menurut cerita mama, dengan izin Allah, Najat ni lahir dengan sangat mudah. Mama tak perlu teran pun, laju saja kepala si comel ini meluncur keluar. Masya Allah. Semoga si kecil Najat ini menjadi asbab manfaat dan kegembiraan buat orang-orang di sekelilingnya💗
Kalau ikutkan, Najat ini hampir-hampir saja lahir tak cukup bulan. Tapi doktor sedaya upaya tahan mama di wad hampir dua minggu (walaupun mama berkali-kali minta untuk keluar sebab mama kata mama dah duduk kat wad lama sangat, tak tau nak buat apa haha. Tak apa mama, ini rehat yang Allah bagi untuk mama), untuk pastikan si kecil ini dapat lahir ke dunia dalam keadaan yang baik dan sihat.
Haha berperang jugaklah kami di rumah selama dua minggu tanpa mama🥲 Benarlah kedudukan ibu itu memang tiada tandingnya. Semoga Allah sentiasa merahmati ibu bapa kita semua aminn...
Najat usah risau, Najat ada ramai abang dan kakak atas Najat ni kekeke. Kami akan jadi Power Rangers untuk melindungi adik bongsu kami ini! Selamat datang ke dunia Najat binti Faris💪
Yang benar2 sayang,
Kak yong.
Kakakmu yang terchenta hihi
No comments:
Post a Comment
Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰