Friday, February 16, 2018

Cukup

Assalamualaikum.

monolog; 

Yang Merancang itu Maha Penyayang.
Yanh Mendengar itu Maha Penyayang.
Yang Melihat itu Maha Penyanyang.

Bukti apa yang kau mahu?
Tidak cukupkah dengan semua ini -
Nafas, kaki, lihat dan semuanya.
Hatta yang izinkan kau baca ini juga ada yang beri.

Langit masih ada hujan,
Matahari masih punya sinar,
Tumbuhan masih meminjam teduhan,
Itu semua kasih Dia.

Walau Dia Tahu, 
Yang menerima cukup alpa.
Mudah lupa.
Bahkan membandingkan.
Merungut tidak puas.
Tidak cukup dengan merosakkan.

Cukuplah wahai aku,
Dia itu telah beri semua.
Ada yang kurang itu hakikatnya banyak.
Cuma kau yang terlalu leka meminta.

fi hifzillah.






No comments:

Post a Comment

Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰