💎12.24 a.m, 3rd June 2022.
Salam alaik :)
Tempoh hari, 25 Mei 2022, genap usiaku 20 tahun.
Tahun lalu, telah aku pahatkan ke dasar hati yang paling kelam, namun paling teguh terasnya, bahawa aku, tahun ini, selayaknya tidak terlalu gembira ketika menjengah hari kelahiran.
Takut.
Semakin bertambah usiaku, membawa erti mama baba juga turut menua.
Semakin bertambah usiaku, bermakna adik-adikku turut menumbuh.
Semakin bertambah usiaku, semakin aku tahu, lambaian perpisahan antara aku dan insan-insan yang cukup aku kasihi dalam hidup ini, kian jelas dan mendekat.
Begitulah aku, sudah 20 tahun, namun masih pengecut dalam berdepan sang waktu.
Ala kulli hal, hari kelahiran tempoh hari, cukup bermakna.
Dikelilingi para sahabat yang aku tahu, Tuhan tidak menghantarkan mereka sia-sia dalam hidup ini.
Berjauhan daripada baba dan mama, nun jauh merentas ratusan kilometer, yang aku tahu, doa mereka yang sentiasa membanjiri barakah dalam musafir menuntut ilmu ini.
Terima kasih ya Allah untuk saat ini. Untuk usia ini. Untuk pergerakan waktu ini. Untuk yang masih ada, dan kuatnya aku menempuh sehingga waktu ini, untuk meredhai yang sudah tiada.
"Everything in life is in a state of change. Nothing stays constant. Allah is the Only One who remains consistent. So learn not to put your hope and trust in people or circumstances. They can change anytime. Give your all to Allah." -anonymous
Terima kasih ya Allah atas segalanya.
Wahai aku,
fi hifzillah :)
No comments:
Post a Comment
Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰