Assalamu'alaikum~
Tadi, kak yong tolong mama key-in markah. Anak cikgu, benda2 macam ini kira biasa- tanda kertas, tolong buat laporan. Heheh. Kak yong suka apa. Kadang-kadang kak yong yang minta :p
Yalah, masa balik rumah inilah waktu yang kita nak bagi mak & ayah kita rehat, kan? Kalau tak bila lagi? Dahlah jarang balik. Masa-masa macam inilah nak buat pahala banyak-banyak ;)
Ok2. Tadi, masa kak yong tolong k/i, kak yong ada buat untuk budak2 yang kelas 'depan'. Huish.. Lawa2 nombornya. sederet angka satukosongkosong. Haha. Senang ek subjek ini, dik? Sambil k/i kak yong tersenyum sorang2. Lama rasanya tak dapat result dengan nombor2 cantik macam ini. Haha. Rindu.
Cakap fasal tuntut ilmu ini kan, kak yong teringat satu firman Allah yang bermaksud,
"Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)" (Al Kahf : 109)
Memang gelaran 'pelajar' sampai bila2 sebab tak akan pernah habis ilmu yang perlu kita pelajari. Tak akan habis, sampailah kita 'pergi' nanti. Itu pun tak tentu habis ilmu yang dituntut. Kak yong nak hurai panjang2 pun, tak layak. Cuma yang kak yong boleh cakap, untuk anda yang sedang membaca, dan yang utama untuk diri kak yong yang asyik mengeluh peritnya belajar *astaghfirullah*, usahalah. Dan jangan pernah berputus asa.
Biarlah 'nanti', bila kita jumpa Allah kita tak jumpa dengan 'tangan kosong'. Ada benda yang kita buat untuk agama. Untuk ummah. Menjadi orang yang berilmu itu, adalah salah satu caranya. Zaman globalisasi kini, orang yang berilmu itu sangat ramai. Tapi tak ramai orang yang berilmu pada landasan yang benar. Niat yang benar.
Sungguh, sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.
fi hifzillah :)

*sumber gambar~ klik SINI

No comments:
Post a Comment
Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰