Thursday, May 26, 2016

Doa.

Assalamu'alaikum~

Entri ini sewajarnya ditaip pada semalam, pada tarikh yang penuh bermakna. Tetapi atas dasar kealpaan duniawi *astaghfirullah* maka secara tidak langsung, kak yong terpaksa menangguhkan pada hari ini. Itupun setelah berkali-kali hati kecil ini memaksa jari-jemari kak yong yang kelihatan sungguh lesu lagi tidak bermaya pada waktu ini. Duhh.
          Baiklah, diiringi dengan kata-kata semangat bahawa masa itu pedang, sambil telinga dibuai lembut dengan rentak piano daripada Yiruma, kak yong mulakan. 

Yeah!
                       

(penggunaan 'aku' terpaksa digunakan agar struktur ayat menjadi lebih gramatis.eceh)


...

[semalam]

Tiada apa yang aku harapkan pada tarikh keramat ini;
hanya doa agar diberi kejayaan di dunia, 
dan yang utama di akhirat sana.

Tarikh ini membuatkan aku lebih gusar, hakikatnya.

Adakah semakin matang untuk hadapi pelbagai liku-liku kehidupan?
yang aku lihat selama ini hanya hujung kuku sahaja.

Adakah iman sudah cukup 'sado' untuk aku tempuh ragam ummah?
Yang semakin lama, semakin parah aku lihat.

Dan yang utama..
Adakah sudah cukup bersedia untuk dipertemukan dengan-Nya?

Huh.

Buat yang sedang membaca, 
Doakan aku lebih qowiy kelak.
Doakan aku lebih bersemangat untuk menuntut ilmu.
Doakan aku punya jawapan andai 'nanti' ditanya tuhan- 
 sumbangan aku buat ummah.

Dan yang paling penting,
Doakan aku 'pergi' dalam iman.

Aku doakan agar setiap bait murni yang dititipkan, akan 'melantun' berlipat kali ganda buat kalian

Jazakumullahu khairan kathira :)




*sumber gambar~ klik SINI

No comments:

Post a Comment

Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰