Friday, May 27, 2016

Menjadi seorang pelajar

Assalamu'alaikum~

Tadi, kak yong tolong mama key-in markah. Anak cikgu, benda2 macam ini kira biasa- tanda kertas, tolong buat laporan. Heheh. Kak yong suka apa. Kadang-kadang kak yong yang minta :p
       
          Yalah, masa balik rumah inilah waktu yang kita nak bagi mak & ayah kita rehat, kan? Kalau tak bila lagi? Dahlah jarang balik. Masa-masa macam inilah nak buat pahala banyak-banyak ;)

          Ok2. Tadi, masa kak yong tolong k/i, kak yong ada buat untuk budak2 yang kelas 'depan'. Huish.. Lawa2 nombornya. sederet angka satukosongkosong. Haha. Senang ek subjek ini, dik? Sambil k/i kak yong tersenyum sorang2. Lama rasanya tak dapat result dengan nombor2 cantik macam ini. Haha. Rindu.

Thursday, May 26, 2016

Doa.

Assalamu'alaikum~

Entri ini sewajarnya ditaip pada semalam, pada tarikh yang penuh bermakna. Tetapi atas dasar kealpaan duniawi *astaghfirullah* maka secara tidak langsung, kak yong terpaksa menangguhkan pada hari ini. Itupun setelah berkali-kali hati kecil ini memaksa jari-jemari kak yong yang kelihatan sungguh lesu lagi tidak bermaya pada waktu ini. Duhh.
          Baiklah, diiringi dengan kata-kata semangat bahawa masa itu pedang, sambil telinga dibuai lembut dengan rentak piano daripada Yiruma, kak yong mulakan. 

Yeah!
                       

(penggunaan 'aku' terpaksa digunakan agar struktur ayat menjadi lebih gramatis.eceh)

Friday, March 11, 2016

Peace Be Upon You

Assalamu'alaikum~

status: Entri ke2, tahun 2016, 1437 h.

Apa khabar dunia? Maaflah. Kak yong terlalu sibuk akhir-akhir ini. Ucapan tahun baru pun kak yong tak ucap, betul tak? *sengih 'kerang wangi', garu kepala*

Sekali lagi kak yong betul-betul minta maaf. Err... Jika dengan alasan masa yang sentiasa 'cemburu', boleh terima tak? Huhu.
Setiap kali dah lama tak post entri, mesti alasan sibuk. Huhu. Memang itu sahaja alasan yang sebenarnya. Atau tidak ada idea juga sebenarnya adalah salah satu faktor jarak masa yang banyak di antara setiap entri.

Cerita Cinta Ahmad Ammar (Grup Penjejak Tamadun Dunia)

Assalamu'alaikum~

























Penerbit : Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd
Tahun terbit : 2014
Jumlah m/s : 360
Kadar suka : 5/5

Buku ini merupakan sebuah pemberian daripada baba ketika kak yong masih berada di sekolah rendah dulu. Kerana masih dalam usia masih setahun jagung, membaca buku2 seperti ini-nonfiction, membantu menambahkan pengetahuan kak yong untuk mengenali dunia. Ketika itu kak yong masih baru mengenali Ahmad Ammar sejak sebuah tragedi yang menimpanya sehingga membawanya bertemu Sang Pencipta.

Friday, December 18, 2015

Big Bad Wolf 2015

Assalamu'alaikum~

Big Bad Wolf. Pesta buku yang bakal membuatkan biji mata anda semua terkeluar tatkala melihat harga-harga promosi yang disediakan. Huissh.. Siapa tak nak? Diskaun sampai 95%. Sebagai pencinta buku, kak yong nasihatkan, selagi ada masa yang boleh diluangkan tolonglah jangan
terlepas.



Kak yong baru kenal pesta buku ini. Baru tahun lepas. Huhu, rugi betul rasa. Tapi kak yong nasihatkanlah, kalau nak cari buku2 BM, memang kak yong tak recommended pesta buku ini sebab BBW memang lebih kepada buku2 BI.

Thursday, December 17, 2015

"Di samping temuduga Abang Chor..."

Assalamu'alaikum~

Baru2 ini Abang Chor ada temuduga sekolah di Sepang. Kalut juga masa itu. Yalah, temuduga mula pukul 7.30 a.m. Dari rumah ke sana lebih kurang sejam setengah. Memang alamatnya bertolak lepas subuhlah.

Kami kalau perjalanan yang jauh memang akan bawa baju spare. Takut2 ada emergency apa2. Tapi untuk kali ini memang persediaan mama & baba agak berlebihan, maksudnya mama siap bawa makanan2, tikar dll. Sekali pandang nampak macam kami akan bermalam. Tapi mama & baba tak confirm apa2 pun. Jadi, kami yang anak2 ini, tak tau apa2. Kami pun bawa barang ala kadar. Tak ada persiapan apa2 sangatlah.
       
 Tiba-tiba, bila dah sampai, baba kata kami akan bermalam. Jadi...
       
Aduss...  'Lampu-mentol-idea' malap2lah cahayanya. *huhu* Jadi, layan gambar sahajalah ya~