Sunday, October 19, 2014

Diari Taman Permata - Diari Permata Sutera

Assalamu'alaikum... Annyeonghasaeyo!
(mood pagi yang indah)

Saya sebenarnya bercadang nak tukar nama blog ini. Sebenarnya cadangan ini telah diutarakan oleh baba dah lama. Tetapi memandangkan waktu itu saya sedang fokus untuk periksa, cadangan tersebut saya tangguhkan dulu. Lagipun saya nak fikir masak2 dulu.

Friday, October 10, 2014

Kemerdekaan Yang Dinanti

Assalamu'alaikum...

UPSR dan PSRA dah habis. Ya Alah, leganya! Mana tak lega, selama sembilan bulan saya 'berpuasa' daripada 'berfacebook', 'beryoutube'. Ok, mungkin saya tersalah taip. Saya rasa bukan 'berpuasa', tetapi sebenarnya lebih kepada 'jarang buka'. 'Jarang buka' dan 'berpuasa' lain kan? MUNGKIN saya ada 'tersengaja' nak buka walaupun sudah acapkali 'diwarningkan' oleh mama.

  I'm sorry mom!

Saturday, July 26, 2014

Ramadhan pergi, Syawal kembali...

          Ramadhan dah nak pergi. Huhuhu... Sedihnya :'( Ini adalah Ramadhan pertama bagi saya di rumah baru. Berbeza. Ya, sangat berbeza. Dulu, saya biasanya akan pergi bazar Ramadhan kalau mama tak larat nak masak. Tetapi, kali ini saya jarang tak pergi bazar Ramdhan. Sebab? Entah. Tetapi, memang sejak dua, tiga tahun ini saya sekeluarga memang dah jarang pergi bazar Ramadhan sebab baba kata bazar Ramadhan membuatkan kita cenderung ke arah pembaziran. Ya, ada benarnya juga kata2 baba.

Friday, April 25, 2014

Pengalaman Pertama

Alhamdulillah. Lebih kurang jam 9.10 pagi tadi, mama dah selamat melahirkan seorang putera yang sangat comel. Saya dah ada 6 adik beradik. Bermakna saya ada 5 adik. Inilah kelebihan anak sulung. Husshhh... Kembang kuncup hidung ini. Bangga. Yalah, kebanyakan kawan2 yang lain cuma ada 1 hingga 3 orang adik disebabkan bukan anak sulung. Kiranya saya ini kakak yang ber'dedikasi'. Baiklah, saya tak nak cerita panjang2, takut semakin riak (nau'zubillah), jadi saya terus kepada point.

Friday, December 27, 2013

Selamat Datang 2014!

Hanya beberapa hari sahaja lagi angka tahun akan bertukar. Itu bermakna sesi 2014 akan bermula. Saya sengaja nak post ucapan tahun baru awal2 sebab tahun hadapan saya tak payah buat dah. Mungkin saya dah jarang post sesuatu di blog ini tahun hadapan kerana satu cabaran baru akan bermula. Cabaran yang amat sukar... UPSR dan PSRA!

Sunday, December 8, 2013

Pindah Rumah

Rumah saya sudah bertukar wajah... Daripada almari yang dipenuhi buku2, bertukar menjadi almari yang dipenuhi habuk dan tidak terisi apa2. Adakah itu bermakna buku2 di rumah saya sudah dihapuskan? Tidak. Perkara itu tidak akan terjadi dan tidak mungkin terjadi. Insya Allah... Buku2 itu diletakkan di dalam kotak2 yang kini sudah memenuhi rumah saya. Itu tandanya... Jeng, jeng, jeng... Saya akan berpindah!!! Apakah perasaan saya? Tak payah tanyalah. Confirmlah sedih tidak berlagu. Saya dah duduk di Hulu Kelang ini 8 tahun. Fuhh... Satu tempoh yang amat panjang... :'(

Friday, September 27, 2013

Projek Sekolah

Ermm.. Memandangkan sekarang saya sedang sibuk buat projek sekolah, jadi cerita kali ini bertopik 'PROJEK SEKOLAH'.

        Akhir-akhir ini, cikgu selalu suruh  suruh buat projek sempena PKSR 2 kali ini. Sekarang, cikgu suruh buat dua buku skrap. Lepas itu, ada projek tentang Kemahiran Hidup. Kami sekelas kena jual barang berdasarkan topik akhir buku teks secara berkumpulan. Kesimpulannya, kami akan menjadi 'usahawan cilik sementara'. Baru darjah lima, nanti kalau masuk tingkatan lima?