Ermm.. Memandangkan sekarang saya sedang sibuk buat projek sekolah, jadi cerita kali ini bertopik 'PROJEK SEKOLAH'.
Akhir-akhir ini, cikgu selalu suruh suruh buat projek sempena PKSR 2 kali ini. Sekarang, cikgu suruh buat dua buku skrap. Lepas itu, ada projek tentang Kemahiran Hidup. Kami sekelas kena jual barang berdasarkan topik akhir buku teks secara berkumpulan. Kesimpulannya, kami akan menjadi 'usahawan cilik sementara'. Baru darjah lima, nanti kalau masuk tingkatan lima?
Benar kata orang, semakin kita membesar, semakin banyak wang diperlukan, semakin bertimbun ilmu perlu dihadamkan, semakin berliku cabaran yang perlu ditempuhi. Tetapi tidak mengapa, segalanya nanti, pasti ada bunga yang diterima. Insya Allah...
Begitu juga tentang projek ini. Guru-guru pasti mahu kami sebagai anak murid mengambil faedah dari projek ini. Ya, saya akan cuba untuk mencarinya. Mencari gula-gula di dalam tepung... :)
No comments:
Post a Comment
Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰