Ramadhan dah nak pergi. Huhuhu... Sedihnya :'( Ini adalah Ramadhan pertama bagi saya di rumah baru. Berbeza. Ya, sangat berbeza. Dulu, saya biasanya akan pergi bazar Ramadhan kalau mama tak larat nak masak. Tetapi, kali ini saya jarang tak pergi bazar Ramdhan. Sebab? Entah. Tetapi, memang sejak dua, tiga tahun ini saya sekeluarga memang dah jarang pergi bazar Ramadhan sebab baba kata bazar Ramadhan membuatkan kita cenderung ke arah pembaziran. Ya, ada benarnya juga kata2 baba.
Lagi satu atau dua hari lagi Syawal akan tiba. Perasaan? Err... Entahlah. Lagi pun tak boleh seronok sangat sebab lebih kurang sebulan sahaja lagi UPSR dan PSRA. Baiklah, pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh umat Islam.
Akhirilah Ramdhan dengan sesuatu yang lebih bermakna, dari yang lalu...
No comments:
Post a Comment
Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰