Friday, April 25, 2014

Pengalaman Pertama

Alhamdulillah. Lebih kurang jam 9.10 pagi tadi, mama dah selamat melahirkan seorang putera yang sangat comel. Saya dah ada 6 adik beradik. Bermakna saya ada 5 adik. Inilah kelebihan anak sulung. Husshhh... Kembang kuncup hidung ini. Bangga. Yalah, kebanyakan kawan2 yang lain cuma ada 1 hingga 3 orang adik disebabkan bukan anak sulung. Kiranya saya ini kakak yang ber'dedikasi'. Baiklah, saya tak nak cerita panjang2, takut semakin riak (nau'zubillah), jadi saya terus kepada point.
          Untuk pertama kalinya (muzik cerita Frozen) saya melihat uri depan mata saya sendiri. Husshh... Mata ini berkilat. Teruja sangat. Yalah, dari dulu lagi saya nak tengok. Kali ini bukan setakat tengok, siap pegang lagi. Saya jolok2 uri itu. Belek2 tali pusat. Sambil saya membelek, baba pula bagi 'taklimat' ringkas tentang uri itu. Secara tidak langsung saya dapat free ilmu Sains. Berharga woo... 

No comments:

Post a Comment

Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰