Assalamu'alaikum...
UPSR dan PSRA dah habis. Ya Alah, leganya! Mana tak lega, selama sembilan bulan saya 'berpuasa' daripada 'berfacebook', 'beryoutube'. Ok, mungkin saya tersalah taip. Saya rasa bukan 'berpuasa', tetapi sebenarnya lebih kepada 'jarang buka'. 'Jarang buka' dan 'berpuasa' lain kan? MUNGKIN saya ada 'tersengaja' nak buka walaupun sudah acapkali 'diwarningkan' oleh mama.
I'm sorry mom!
Ok. Saya masih dapat bertahan untuk tidak membuka laman2 web tersebut ketika itu sebab saya bukanlah jenis orang yang suka benda2 macam itu sangat. Tetapi, ketika tersenarai perkara ini dalam larangan selama sembilan bulan, saya agak tersentak. DILARANG MEMBACA NOVEL. Sedikit tsunami berlaku dalam jiwa ini. Tetapi ia tidaklah sehebat tsunami di Aceh, kerana gelora 'si pencinta buku' ini masih boleh bertahan.
Setiap detik yang berlalu, saya mencari musababnya. Akhirnya, jawapan ditemui. Sikap saya yang membaca buku tanpa toma'ninah mungkin menimbulkan kerisauan di hati mama dan baba. Harapan menggunung ditaruh dalam diam agar menjadi contoh terbaik buat adik-adik sebagai anak sulung membuatkan saya temui hikmah di sebalik segala larangan itu. Kadangkala, harapan tersebut dianggap berat. Tetapi, tatkala dikenang jasa2 yang ditabur tidak terkira bilangannya, membuatkan saya lebih bersemangat apatah lagi mengingatkan Yang Esa sentiasa berada di sisi... :)

No comments:
Post a Comment
Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰