Sunday, September 19, 2021

"Lantas usahanya apa?" "..."

 Salam alaik ❤

    (ingin simpan di sini agar tidak pudar (untuk aku yang juga malarnya alpa))

    Baba selalu mengulang2 narasi ini kepada kami- di dalam kereta, seusai solat, di ruang santap-  gerunnya alam kematian, serta banyaknya dosa kita ini sebagai hamba. Malar-malar sabda sang Kekasih Tuhan, Rasulullah SAW, bahawa bani Adam ini tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan (riwayat Ibn Majah).

    Malu sungguh, siang dan malam penuh dosa. Yang dilihat, yang didengar, bahkan yang dibisik di dalam hati, setiap itu senantiasa dalam hitungan Allah. Dalam catatan Raqib & Atid. Sungguh tidak malu bukan- lidah yang mengumpat kepunyaan Allah. Hati yang berhasad kurniaan Allah. Bahkan tatkala bermaksiat, sang hamba itu sedang menghirup udara Allah? 

    Sungguh hidup di dunia ini benar-benar penuh malu;

    dan hutang yang tidak berkesudahan.

Thursday, September 16, 2021

Nasihat Buat Hati: Habib Ali Zaenal Abidin (Mohd Khairi Ismail & Nur Mohamad Adli Rosli)

 Salam alaik :D

Genre: Motivasi
Penerbit: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2016
Bilangan m/s: 110
Kadar suka: 5/5

Macam biasa, buku ni sebenarnya baba yang beli masa kak yong tingkatan 3 (if im not mistaken) dan kak yong ternampak atas meja. Begitulah bagaimana kak yong bertemu dengan naskhah hebat ini.

    Buku ini merupakan himpunan 29 nasihat daripada Habib Ali Zaenal Abidin. Sejajar dengan judulnya, nasihat-nasihat yang terhimpun bagi kak yong benar-benar dituju buat hati. Kak yong selitkan sedikit sinopsis di kulit akhir buku ini:

Monday, September 13, 2021

Magis Ilmu

 Salam alaik :)


monolog;

Liar pena memahat aksara,
Berkongsi apa yang tahu,
Memanjangkan apa yang benar.

Lelah pemahat, manfaat yang lain.
Dituang segelas, lautan masih. 

Friday, September 10, 2021

Mood

 Salam alaik <3

Alhamdulillah, after almost 3 months kak yong cuti dan beberapa minggu sahaja lagi tinggal untuk masuk ke alam degree, kak yong kembali ada idea (dan mood) nak menulis di sini. Pardon me okay. I have my own reasons😂 

    Maybe sebab dah cuti lama sangat, ya Allah rasa tak ada moodnya nak start class! Huwaaa😫 Rasa macam nak cuti lama2. Do what I like, reading my favorite books, finishing my long list of movies and dramas, baking all the time .. Fiuh..

    Thats not right

Tuesday, September 7, 2021

Bahkan dunia itu memang tidak adil?

 Salam alaik🌼

    Lumrah percaturan alam- buat bangun dan jatuh. Buat lelah, gembira, lantas kembali lelah. Buat yang langkahnya tinggi, sukses menhindar gohong, namun masih sama- terjelepuk dalam.


    Begitulah dunia, yang sering tampaknya tidak adil. 

    Mengapa sering yang berkelana itulah yang diragut? Mengapa sering yang bercompang camping itulah yang jatuh sakit? Mengapa sering yang bertungkus lumus belajar, yang kantuknya ditahan, yang tidurnya usah ada, yang bangunnya disaksikan dingin pagi, tetapi itulah yang masih dilihat tercorot? Mengapa sering yang menyara keluarga itulah yang kecelakaan? - malah dalam perjalanan membawa sesuap nasi buat tangis kelaparan si kecil di rumah.

    Mengapa hujan yang turun sering menjadi gelisah nasib rumah akan ditelan bah; walhal permukiman sebelah sedang aman bersama secangkir koko panas, dibuai bayu damai. 

Friday, July 16, 2021

5 cm (Donny Dhirgantoro)

 Salam alaik :)

Genre: fiksyen, pengembaraan, drama, sastera Indonesia
Penerbit: Grasindo
Tahun Terbit: 2005
Bilangan m/s: 381
Kadar suka: 5/5

Okay sebenarnya kak yong quite excited nak review buku ni sebab baru habis baca tadi, plus vibes buku ni ala2 buku Negeri 5 Menara (my fav book ever anw). Inspiring.

    Ringkasnya, buku karya dari negara seberang ini menceritakan sekumpulan sahabat rapat kecil iaitu Arial sebagai yang paling segak, Riani gadis ayu yang pintar, Genta yang dianggap ketua, Zafran yang penuh puitis lagak penyair, serta Ian yang kata penulis- paling 'bengkak' tubuhnya dan penggemar tegar Indomie. Perjalanan cerita bermula apabila mereka yang suka mencuba pelbagai perkara dan berdiskusi riang tentang segala hal ini akhirnya membuat keputusan untuk tidak bertemu dan berhubung selama tiga bulan kerana ingin keluar dari gua mereka mereka berlima dan melihat dunia luar yang lebih luas. Pertemuan mereka yang penuh rindu setelah tiga bulan akhirnya diraikan dengan perjalanan mendaki Gunung Mahameru, puncak tertinggi di Pulau Jawa, yang penuh cita-cita, cerita dan cinta. 

    Penulis berjaya memahat sebuah cerita yang penuh inspirasi dan membawa perspektif pembaca bagaimana cita-cita dan persahabatan mampu mengubah segalanya. Penulis melakarkan keindahan Gunung Mahameru dengan baik sekali. Jujurnya, kak yong agak meremang ketika membaca beberapa bahagian cerita penulis mengenai pemandangan geografi dan mitos penuh misteri gunung ini, sehingga kak yong perlu merujuk beberapa travelog para pengembara yg mendaki Mahameru untuk mendapatkan gambaran sebenar dan mengurangkan suspen huhu.

Tuesday, June 29, 2021

Ini Dunia

monolog;

Hiduplah seperti pengembara.

Yang tiada sangka
penghujung saujana teroka.
Yang menghayati
namun tahu masanya pergi.
Yang gemar bersama-sama
serta maklum kelak mandiri jua.

Wahai aku,

Friday, June 18, 2021

The Art of Letting God (Mizi Wahid)

 Salam alaik🌠

This is definitely one my favourite book of the year 

(altho the year isnt over yet pfft)

Genre: Spiritual, self-help
Publisher: Iman Publication
Year of Publication: 2017
Number of pages: 150
Rating: 5/5

"Let go, and let God"

Thursday, June 17, 2021

A Good Heart

 Salam alaik :)

    Please don't ever get tired of being a good person with a good heart. I know over the things that happened in this life, it feels like it is better to be cold-hearted. But people like you matter and so important to the world. Don't ever abandon kindness. We don't know who we'll save.

    (just my daily-random-thoughts):

Wednesday, April 14, 2021

Alhamdulillah

 Salam alaik!💗

So how's ur 1st Ramadhan? Hihi

    Kak yong alhamdulillah, hari ni 1 class sahaja, and madam buat google meet. Alhamdulillah masih bertenaga ya😂 Bak kata madam, "nasib baik lah class saya ni pagi." Hahahahha itulah kalau class pukul 4 petang tu mau dah terkulai dah sksksksk


     Alhamdulillah, Allah panjangkan usia kita bersama Ramadhan lagi tahun ni. Alhamdulillah. Kak yong ada baca satu quotes ni tadi-

Sunday, April 4, 2021

4 Golongan yang Dirindukan Syurga

Salam alaik 🌸

Ni entri terakhir kak yong sebelum kak yong masuk 3rd semester, which is esok ya😂 (huhu nak cuti lagi...) 

    Saja nak share, tadi kak yong ada dengar satu tazkirah Ustaz Badlishah ni. 4 golongan yang dirindukan syurga. Kita semua rindukan syurga, impikan syurga. Tapi rupanya ada dalam kalangan kita yang syurga rindu nak jumpa dia. Cuba bayang dirindukan syurga ni. Woaah. Hebatnya kan? :')

Saturday, April 3, 2021

Let It Go (Reyna Ibrahim)

Assalamualaikum!

    I think this is my first book review for this year aight? Hehe. Sooo yeah here we go~


Genre: self help, motivasi, bukan fiksyen
Penerbit: Must Read Sdn. Bhd.
Tahun terbit: 2017
Bilangan m/s: 182
Kadar suka: 4/5

    Buku ni seingat kak yong baba belikan masa kak yong form 3/form 4 dulu. This book came at the right time (apart from baba who always knew the books I loved and needed sksk).  So bila baba belikan ni buku I was like- uwaaaaaa 

    Okay. Mula2 sekali daripada sudut ilustrasi, cover buku ni memang so simple, yet so beautiful. Cantik sangat. Colour combination memang buat buku ni nampak tenang je💙

Saturday, March 20, 2021

Online Learning

Salam alaik!

Cuaca cantik sangat hari ni, alhamdulillah. Petang tadi redup, hujan renyai2, sejuk je rasa. Tu yang ada mood nak bukak lappy tu❄️ 

    You know what, this semester break, I rly live my life to the fullest. Wattpad, netflix, baking, drawing, kdrama ... Rasa macam aaaahhh nak cuti sampai bila2! Sobsob 🥺

    But thats not gonna happen Haura' :(

    Macam yang kak yong pernah cerita sebelum ni, kak yong sekarang tengah cuti semester kedua, untuk tahun asasi @ UIA. Kitorang sempat belajar secara fizikal sepenuhnya cuma untuk satu semester sahaja. Which is the first semester of my foundation year. Yang lain, sem 2 dan insya Allah sem 3 (last sem) yang akan datang ni kitorang online kat rumah, disebabkan pandemik ni. 

 

Thursday, March 11, 2021

Duhai Hati

 Salam alaik 💜

monolog;

Walau putih mahukan hitam,
walau kuku membenci isi,
walau aur mengherdik tebing,

Wednesday, March 10, 2021

Final Exam

 Salam alaik :)

How've ya been? 

    Saja nak cerita2 sebab dah alang2 nak rest kejap haahha

    Btw kak yong sekarang tengah final week untuk sem 2 foundation year ni. Dan baru dapat tahu tadi, next sem which is our last semester akan online jugak... so memang 1 sem je kat campus gitu~

    Okay, banyak sebenarnya nak cerita pasal odl ni, tapi nanti dulu haha. Sekarang nak cerita benda lain keke.