Salam alaik!💗
So how's ur 1st Ramadhan? Hihi
Kak yong alhamdulillah, hari ni 1 class sahaja, and madam buat google meet. Alhamdulillah masih bertenaga ya😂 Bak kata madam, "nasib baik lah class saya ni pagi." Hahahahha itulah kalau class pukul 4 petang tu mau dah terkulai dah sksksksk
Alhamdulillah, Allah panjangkan usia kita bersama Ramadhan lagi tahun ni. Alhamdulillah. Kak yong ada baca satu quotes ni tadi-
.دائما، اشكر الله على ما تملكه
Always be thankful for everything you have.
Malunya kita ni. Masya Allah. Nak bersyukur, nak cakap terima kasih kat Allah pun, nak ucap alhamdulillah pun, melalui lisan, melalui hati, semua itu- kita masih gunakan pemberian Allah. Astaghfirullahal azim.. Hinanya kita ni.
Ada waktu bila rasa marah, diuji macam2, hati yang teguh kadangnya terusik juga. Ungutan yang mula terbit, keluhan yang tidak malu mengalir- hinanya kita- Allah masih mengizinkan degupan sang jantung untuk memberi nyawa. Nafas untuk terus menghirup udaraNya. Dan masih dipinjamkan kaki, walhal yang senantiasa bongkak derapnya.
Dan semua itu Allah yang punya.
Astaghfirullahal azim.
(wahai aku) Hiduplah dengan rasa cukup. Yang Memberi itu ialah Yang Maha Cinta. Yang Meminjamkan itu ialah Yang Maha Tahu. Usahlah membanding-banding. Kata guru yang mulia, barangkali andai kau memiliki nikmat itu, kau tidak akan mampu menanggungnya. Ingatlah selalu, Yang Memberi itu ialah Yang Maha Cinta.
Always be thankful for everything you have.
fi hifzillah :)
Update lag lagiii 😃
ReplyDeleteHehehe alright insya Allahh😆
Delete