I think this is my first book review for this year aight? Hehe. Sooo yeah here we go~
Genre: self help, motivasi, bukan fiksyen
Penerbit: Must Read Sdn. Bhd.
Tahun terbit: 2017
Bilangan m/s: 182
Kadar suka: 4/5
Buku ni seingat kak yong baba belikan masa kak yong form 3/form 4 dulu. This book came at the right time (apart from baba who always knew the books I loved and needed sksk). So bila baba belikan ni buku I was like- uwaaaaaa
Okay. Mula2 sekali daripada sudut ilustrasi, cover buku ni memang so simple, yet so beautiful. Cantik sangat. Colour combination memang buat buku ni nampak tenang je💙
Buku ini adalah himpunan puisi dan cerita penulis mengenai kisah sebenar kehidupannya. Penulis menceritakan bagaimana kesusahan dan kejatuhan yang dialami sebenarnya dapat menjadi inspirasi yang cukup besar untuk kita bangkit semula. Kadang-kadang kita rasa bahawa kita lah yang paling susah, kita lah yang paling bersedih. Walhal berbumbungkan langit yang sama, ramai lagi saudara kita di luar sana yang menghadapi ujian bahkan lebih berat, namun mempunyai kekuatan yang luar biasa dalam menempuhnya.
Kisah-kisah yang diceritakan penulis di dalam buku ini juga menjelaskan bahawa kehidupan di dunia ini memang penuh dengan ujian. Dan melepaskan juga adalah cara yang terbaik untuk menempuhinya. Let it go.
Btw, kak yong suka kata-kata di ilustrasi buku ini- forget your past, forgive yourself, move on!
fi hifzillah :)
No comments:
Post a Comment
Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰