Saturday, March 20, 2021

Online Learning

Salam alaik!

Cuaca cantik sangat hari ni, alhamdulillah. Petang tadi redup, hujan renyai2, sejuk je rasa. Tu yang ada mood nak bukak lappy tu❄️ 

    You know what, this semester break, I rly live my life to the fullest. Wattpad, netflix, baking, drawing, kdrama ... Rasa macam aaaahhh nak cuti sampai bila2! Sobsob 🥺

    But thats not gonna happen Haura' :(

    Macam yang kak yong pernah cerita sebelum ni, kak yong sekarang tengah cuti semester kedua, untuk tahun asasi @ UIA. Kitorang sempat belajar secara fizikal sepenuhnya cuma untuk satu semester sahaja. Which is the first semester of my foundation year. Yang lain, sem 2 dan insya Allah sem 3 (last sem) yang akan datang ni kitorang online kat rumah, disebabkan pandemik ni. 

 

    Huhu belajar online ni, bagi kak yong paling penting self-discipline sebenarnya. Alhamdulillah masa sem 2 haritu, jadual kelas kak yong tak pack sangat. 4 subjek sahaja, dan cuma 2 subjek yang ada final exam. 

    Untuk yang dah baca blog ni dari zaman kak yong sekolah menengah lagi, mesti tau betapa kak yong ni suka sangat2 duduk rumah😂 Alhamdulillah, rasa syok sangat2 bila dapat duduk rumah, berkumpul ramai2, lagi2 sebab dapat makan mama masak (yes. Benda yang paling kak yong rindu gila setiap kali kat asrama (paling kak yong selalu rindu sambal tempoyak mama😭, pernah sekali tu masa kat kampus, mama post kan tempoyak dengan serunding ya Allaahhh😭) ).

    But, undeniably, the struggle is still there 😂


    Bila belajar online ni kak yong rasa antara yang jenuh bila nak buat discussion dengan kawan2. Kita bukan semua assignments individually. Sooo bila nak buat discussion in a way yang kita tak nampak muka orang, communication pun tak tahu difahami atau tidak, agak payah sebenarnya kat situ. 

    Rambut sama hitam, hati lain2. Lumrah sebenarnya dalam perbincangan ni kita tak dapat kesefahaman yang sempurna, dan mustahil pun sebenarnya. Setiap orang ada berlainan cara, idea, kefahaman dan sebagainya. Dan kita sendiri pun kena matang lah kat situ. Macam mana kita raikan kesefahaman, macam mana kita menghormati perbezaan, macam mana kita buat kerja, thats matter most💗 

    Satu lagi, bila belajar kat rumah ni antara struggle kak yong adalah my own self 😀 Hahahhaha. Mula2 start sem tu memang la semangat bangun awal pagi, susun jadual hahahhaha tapi lama2 tu lahaiii nak bangun katil pun berat sangat rasa😪 Yep, tapi apa2 pun waktu belajar, belajar betul2, still tolong parents kat rumah, waktu buat assignments, buat betul2. Kerja kita, tanggungjawab kita. 
  

    You know, belajar ni adalah tanggungjawab sampai bila2. Ilmu tak akan habis untuk dituntut. Hahahha life belajar ni memang penat, tak dinafikan. Naik turun, gelak nangis, semua ada. Thats life isnt? Itulah macam orang kata, nak betul2 rehat ni bila dah meninggal je. 

    Semoga usaha kita dengan memanfaatkan masa2 yang kita ada kat dunia ni, jadi asbab Allah redha kat hidup kita amiin.. And always, contribute back to society. Semoga hadirnya kita sentiasa menjadi manfaat kepada makhluk lain💖

    fi hifzillah :)

    


No comments:

Post a Comment

Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰