Thursday, September 16, 2021

Nasihat Buat Hati: Habib Ali Zaenal Abidin (Mohd Khairi Ismail & Nur Mohamad Adli Rosli)

 Salam alaik :D

Genre: Motivasi
Penerbit: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2016
Bilangan m/s: 110
Kadar suka: 5/5

Macam biasa, buku ni sebenarnya baba yang beli masa kak yong tingkatan 3 (if im not mistaken) dan kak yong ternampak atas meja. Begitulah bagaimana kak yong bertemu dengan naskhah hebat ini.

    Buku ini merupakan himpunan 29 nasihat daripada Habib Ali Zaenal Abidin. Sejajar dengan judulnya, nasihat-nasihat yang terhimpun bagi kak yong benar-benar dituju buat hati. Kak yong selitkan sedikit sinopsis di kulit akhir buku ini:
    Apa hikmahnya Allah s.w.t. menyembunyikan isi hati seseorang manusia daripada manusia yang lain? Tidak lain dan tidak bukan kerana Allah s.w.t. ingin manusia hidup dalam keadaan dan suasana aman, tanpa sedikit pun timbul rasa syak wasangka dan takut pada setiap detik dan ketika. Sudah pasti manusia tidak mampu melelapkan matanya jikalau setiap masa mereka dapat membaca isi hati orang lain.

    Ini bukan kelemahan, bahkan satu kenikmatan yang tidak terkira, anugerah daripada Allah s.w.t. kepada kita. Sekiranya isi hati bukan perkara rahsia, dunia ini mungkin huru-hara.

    Sangat hebat. Kalau kalian boleh melihat naskhah yang ada di tangan kak yong ni, memang penuh dengan colourful highlights, bookmarks.. Sangat menyentuh hati. Buku ini disyorkan untuk semua lapisan umur, tak kira tua atau muda. Buku yang tak terlalu tebal namun sarat dengan pengisian yang menyegarkan hati, serta font penulisan yang agak besar, bagi kak yong buku ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin pembacaan yang tenang, yang bermanfaat, mahupun bagi mereka yang mempunyai jadual harian yang padat. Sangat berbaloi!

    fi hifzillah :)

No comments:

Post a Comment

Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰