Sunday, September 19, 2021

"Lantas usahanya apa?" "..."

 Salam alaik ❤

    (ingin simpan di sini agar tidak pudar (untuk aku yang juga malarnya alpa))

    Baba selalu mengulang2 narasi ini kepada kami- di dalam kereta, seusai solat, di ruang santap-  gerunnya alam kematian, serta banyaknya dosa kita ini sebagai hamba. Malar-malar sabda sang Kekasih Tuhan, Rasulullah SAW, bahawa bani Adam ini tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan (riwayat Ibn Majah).

    Malu sungguh, siang dan malam penuh dosa. Yang dilihat, yang didengar, bahkan yang dibisik di dalam hati, setiap itu senantiasa dalam hitungan Allah. Dalam catatan Raqib & Atid. Sungguh tidak malu bukan- lidah yang mengumpat kepunyaan Allah. Hati yang berhasad kurniaan Allah. Bahkan tatkala bermaksiat, sang hamba itu sedang menghirup udara Allah? 

    Sungguh hidup di dunia ini benar-benar penuh malu;

    dan hutang yang tidak berkesudahan.

{credit}

Sambung baba lagi- lantas usahanya apa? Cuma tiga kali istighfar seusai solat? Sedangkan khilaf yang menyusul tidak terhitung?

    Para sahabat Rasulullah SAW (r.a), ketika tahu mereka itu dijamin syurga Allah, lantas meningkatkan amal ibadah. Abdullah bin Mas'ud, 30 000 istighfar sehari.

    Malahan Rasulullah SAW yang ma'sum itu, beribadah sehingga bengkak2 kakinya. "Kerana ingin menjadi hamba yang bersyukur..." Ujarnya.

    Malu sungguh kita ini. 

    Entahkan syurga, untuk menghidu baunya, yang semerbak harum sejauh 500 tahun perjalanan- pun tidak kita dijamin.

    Bilang Syeikh Abu A'la Al-Mardudi, "kesulitan umat pada masa kini adalah mereka terlalu menyangka bahawa mereka akan mudah masuk ke syurga."

    Allahu akbar.

    Oleh itu (/wahai aku), binalah ikatan dengan Allah. Teruskan mengejar, mencari redhaNya. Hidup ini tidak lama. Gusar itu, kusut itu, gembira itu, sibuk itu, semuanya tidak lama. Teruslah beringat- Allah itu Maha Tahu, Maha Melihat, Maha Menghukum, 

    serta Maha Pengampun. Maha Penyayang.

    .....

Kisah Saidina Ali bin Abi Talib RA yang bertemu dengan seorang lelaki ketika beliau menjadi Amirul Mukminin. Lelaki itu bertanya,

    "Wahai Amirul Mukminin, saya ingin bertanya 4 soalan, harap tuan dapat menjawabnya.

    1. Apakah perkara yang wajib dan yang lebih wajib?

    2. Apakah perkara yang dekat dan yang lebih dekat?

    3. Apakah perkara yang pelik dan yang lebih pelik?

    4. Apakah perkara yang sukar dan yang lebih sukar?"


    Amirul Mukminin menjawab,

    "1. Yang wajib itu adalah taat kepada Allah dan yang lebih wajib itu adalah meninggalkan dosa.

    2. Yang dekat itu kiamat dan yang paling dekat itu mati.

    3. Yang pelik itu dunia dan yang lebih pelik adalah cintakan dunia.

    4. Yang sukar itu kubur dan yang lebih sukar adalah pergi ke sana (kubur) tanpa bekalan."

    (ig: @thedaiegraphy)


        fi hifzillah :')



No comments:

Post a Comment

Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰