Salam alaik :)
Genre: fiksyen, pengembaraan, drama, sastera Indonesia
Penerbit: Grasindo
Tahun Terbit: 2005
Bilangan m/s: 381
Kadar suka: 5/5
Okay sebenarnya kak yong quite excited nak review buku ni sebab baru habis baca tadi, plus vibes buku ni ala2 buku Negeri 5 Menara (my fav book ever anw). Inspiring.
Ringkasnya, buku karya dari negara seberang ini menceritakan sekumpulan sahabat rapat kecil iaitu Arial sebagai yang paling segak, Riani gadis ayu yang pintar, Genta yang dianggap ketua, Zafran yang penuh puitis lagak penyair, serta Ian yang kata penulis- paling 'bengkak' tubuhnya dan penggemar tegar Indomie. Perjalanan cerita bermula apabila mereka yang suka mencuba pelbagai perkara dan berdiskusi riang tentang segala hal ini akhirnya membuat keputusan untuk tidak bertemu dan berhubung selama tiga bulan kerana ingin keluar dari gua mereka mereka berlima dan melihat dunia luar yang lebih luas. Pertemuan mereka yang penuh rindu setelah tiga bulan akhirnya diraikan dengan perjalanan mendaki Gunung Mahameru, puncak tertinggi di Pulau Jawa, yang penuh cita-cita, cerita dan cinta.
Penulis berjaya memahat sebuah cerita yang penuh inspirasi dan membawa perspektif pembaca bagaimana cita-cita dan persahabatan mampu mengubah segalanya. Penulis melakarkan keindahan Gunung Mahameru dengan baik sekali. Jujurnya, kak yong agak meremang ketika membaca beberapa bahagian cerita penulis mengenai pemandangan geografi dan mitos penuh misteri gunung ini, sehingga kak yong perlu merujuk beberapa travelog para pengembara yg mendaki Mahameru untuk mendapatkan gambaran sebenar dan mengurangkan suspen huhu.
Bagi kak yong penulisan jalan cerita ini agak perlahan (kurang sesuai untuk mereka yang nk baca klimaks yang penuh mencabar). Macam yang kak yong mentioned awal2 tadi, ala2 vibe Negeri 5 Menara gitu sebab kita as pembaca boleh nampak bagaimana penulis membangunkan setiap watak dengan begitu baik. Tidak ada yang terkecuali, setiap watak dalam buku ini memang memainkan peranan masing2. Plot konflik agak biasa. Untuk penggemar tegar genre misteri, penuh plot twists, thriller mcm kak yong, penulisan penulis memang menjadikan kita bersedia dengan banyak kemungkinan jalan cerita yang akan berlaku, tetapi malangnya ending cerita agak predictable (tapi ada satu plot twist! Huaa dan kak yong memang tak expect boleh jadi macam tu😭)
Satu lagi yang buatkan buku ni memang ada vibes Negeri 5 Menara sebab literasi bahasa yang penuh makna dan membuatkan kita sebagai pembaca terpana dengan bait-bait falsafah dan lakaran sebenar realiti kemanusiaan. Secara keseluruhannya, buku ini memang buku yang hebat dan sesuai dibaca terutamanya golongan dewasa muda (btw huhu disclaimer: sbb kak yong baca ni karya yang memang betul2 dari negara jiran, so ada beberapa perkataan yang kurang difahami, serta bentuk ayat yang perlu dibaca berulang kali untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh penulis huhu)
fi hifzillah :)
No comments:
Post a Comment
Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰