Thursday, December 15, 2016

Pelukis Jalanan (Teme Abdullah)

Assalamu'alaikum :)

Seperti yang sudah dinyatakan semalam  entri yang lepas, kak yong kata kak yong nak buat review buku, kan? Baiklah. Buku yang kak yong akan review ini agak special sikit. Dah jadi top di MPH dan sudah pun pernah ditemu bual oleh MHI. Jadi kak yong minta maaf andai ada kekurangan pada review ini. Huhu

























Penerbit : Iman Publications
Tahun terbit : 2016
Bilangan m/s : 215
Kadar suka : 5/5

Hakikatnya, buku ini kak yong beli bukanlah atas kerelaan kak yong. Haha. Kawan-kawan yang suruh beli sebenarnya. Katanya best. Masa beli tu ragu2 jugalah. Tengok cover tak adalah lawa sangat. Lagipun kak yong bukanlah jenis yang ikut review orang sangat. Ada orang kata buku tu best tapi kak yong rasa biasa2 sahaja. Memang tawakkaltu 'ala Allah sahajalah masa tu.

Kenapa Asar?

Assalamu'alaikum :)

Kak yong baru2 ni banyak beli buku baru! Wohoo~ Haha nampak tak teruja di situ. Akhir tahun en. Hadoi tak sedar nak periksa besar tahun depan. Tak apa2. Nanti2 kak yong buat review yer, haha. Doakan kak yong rajin, wokeh?

          Kak yong nak share satu benda yang menarik perhatian kak yong. Masa. Cliche, en? Haha mesti ada yang dah ura2 nak 'pangkah'. Tapi, dalam cliche2 tulah yang kita semua selalu lalai, kan? Wokeh, tak per. Tarik nafas, ikhlaskan hati, insya Allah punya manfaat *haha ada gaya motivator tak *

         Okay, berbalik kepada point asal, petikan tu tulis macam ni, jap, btw kak yong petik daripada buku Update Iman Laju-Laju, tulisan Ahmad Damha. Buku ni sangat best. Gaya bahasa yang santai.. Ok2 nanti kak yong buat review yer. Maunya tidur pukul 1 malam ni.

  

Ini bukunya. Best tau :)
*sumber gambar klik SINI 

          Dia ada huraikan, surah Al-Asr kan tentang masa, then dia kaitkan kenapa Allah pilih Asr (Asar) sebagai nama untuk masa. Kenapa bukan subuh, or maghrib dan lain2?

 Haa. 

Tuesday, December 13, 2016

Hakikat Sebuah Kesenangan

Assalamu'alaikum :)

Tiba-tiba kak yong rasa nak share apa yang kak yong lalui semalam. Allah..

Baba memang selalu bawa kami sekeluarga jalan2 KL. Memang biasanya baba bawa waktu malam.. Dapat tengok lampu2. Sambil tu baba suruh kitorang ambil pengajaran daripada kehidupan ibu kota. Biar punya cerita buat ummah. Biar nanti kita tidak lagi bicara kosong.

          Daripada masa duduk di Hulu Kelang dulu sampailah masa duduk Kajang sekarang. Lagipun memang rumah nenek di Hulu Kelang, so alang2 balik rumah rumah nenek lepas tu baba bawa kami jalan2. Kak yong kiranya agak expertlah jalan KL ni. Eceh

          Ok. Tiba2 malam tadi baba bawa kami jalan2 kat tempat2 yang kak yong tak pernah lalu. Dah kata bawa malam2 kan, KL pula tu, alamatnya memang banyaklah kerosakan ummah yang kami tengok. Kak yong yang memang suka jalan2 ni, memang nak baba bawa kami jalan2 jauh sikitlah. Lagipun disebabkan kak yong dah terlajak tidur petang tu, memang mata segar bugarlah.

          

Ibu negara kita yang terchenta. Heh 
*sumber gambar klik SINI


          Btw, masa ni dah pukul 12 lebih okay. Haha. Kitorang sampai rumah dah nak pukul 2 pagi. Actually bukan jalan2 lama sangat. Tapi baba tiba2 tersesat. Bayangkan betapa lamanya kami kat tempat2 maksiat tu. Allah.. Memang masa tu kami masuk lorong2 disko, club, pelacur semua ada. Bingit telinga. Bergelak tawa, berpelukan, berjimba. Memang sepanjang perjalanan tu kak yong istighfar banyak2. Kak yong agak bersyukur adik2 dah tidur masa tu. Memang Allah nak tutup pandangan diorang.

          Baba siap kata, "ni kalau Allah turun bala masa ni, memang kita kena tempias sekali ni. Nauzubillah.." Kak yong dah takut dah. Dalam kesejukan penghawa dingin yang mencengkam tulang sambil mata terhidang dengan pelbagai kemurkaan Allah, memang buat kak yong tak senang duduk.

Monday, December 12, 2016

Kak yong & Alasan

Bismillahirrmanirrahim

Salam alaik netizen semua!

Allahu~ Lamanya tak tulissssssssssssssssss. Haih . *ok start nak bagi alasan* Banyak benda jadi sebenarnya dalam kira2.. Jap. Err.. Lebih kurang empat bulan ni ha. Allah. Ini pun sebenarnya rajin tak rajin tau. Huhu.
       
          Bagi memudahkan kalian membaca penulisan kali ini yang pastinya akan dibelitkan dengan pelbagai alasan, hahah. Jadi kak yong akan buat sistematically, alright? 

Okay.

Tuesday, July 5, 2016

Semangat

Assalamu'alaikum~

Kah. Nekad juga nak taip entri baru walaupun sibuk dengan persiapan raya >.<

Baru2 ini, sekolah kak yong ada buat program bersama almuni. Beliau mahasiswa di Palestin. Dah beberapa kali dah beliau datang sekolah kak yong. Beliau sangat hebat bagi kak yong. Mengahwini seorang janda yang kematian suami kerana terbunuh ketika bertempur dengan rejim zionis. Kata beliau- hebat tak saya, hari first kahwin dah ada lima orang anak. Haha.

Monday, June 6, 2016

Ramadhan Mubarak

Assalamu'alaikum~

Ramadhan kareem!

Allahu akram!

Pejam celik. Pejam kemudian celik lagi sekali, Ramadhan dah tiba. Rasa sekejap sangat, kan? Atau kak yong sahaja yang rasa? Haih, apa-apalah.
          Ramadhan kali ini, sekali lagi- seperti Ramadhan yang sebelum ini- mengharap perkara yang sama- agar lebih baik daripada Ramadhan sebelum ini. Barangkali ini Ramadhan terakhir?

Saturday, June 4, 2016

Sesegar Nailofar (Zaid Akhtar)

Assalamu'alaikum~


























Penerbit : PTS Publications Sdn Bhd
Tahun terbit : 2015
Jumlah m/s : 256
Kadar suka : 5/5

Fuhh.. Sekali lagi Zaid Akhtar tidak pernah mengecewakan kak yong. Kak yong dah mula jatuh cinta dengan gaya penulisannya yang ringan tetapi sarat dengan pengajaran dan tauladan. Sejak kak yong baca buku Salju Sakinah karyanya dulu, kak yong mula tercari-cari buku dia yang lain.

Friday, May 27, 2016

Menjadi seorang pelajar

Assalamu'alaikum~

Tadi, kak yong tolong mama key-in markah. Anak cikgu, benda2 macam ini kira biasa- tanda kertas, tolong buat laporan. Heheh. Kak yong suka apa. Kadang-kadang kak yong yang minta :p
       
          Yalah, masa balik rumah inilah waktu yang kita nak bagi mak & ayah kita rehat, kan? Kalau tak bila lagi? Dahlah jarang balik. Masa-masa macam inilah nak buat pahala banyak-banyak ;)

          Ok2. Tadi, masa kak yong tolong k/i, kak yong ada buat untuk budak2 yang kelas 'depan'. Huish.. Lawa2 nombornya. sederet angka satukosongkosong. Haha. Senang ek subjek ini, dik? Sambil k/i kak yong tersenyum sorang2. Lama rasanya tak dapat result dengan nombor2 cantik macam ini. Haha. Rindu.

Thursday, May 26, 2016

Doa.

Assalamu'alaikum~

Entri ini sewajarnya ditaip pada semalam, pada tarikh yang penuh bermakna. Tetapi atas dasar kealpaan duniawi *astaghfirullah* maka secara tidak langsung, kak yong terpaksa menangguhkan pada hari ini. Itupun setelah berkali-kali hati kecil ini memaksa jari-jemari kak yong yang kelihatan sungguh lesu lagi tidak bermaya pada waktu ini. Duhh.
          Baiklah, diiringi dengan kata-kata semangat bahawa masa itu pedang, sambil telinga dibuai lembut dengan rentak piano daripada Yiruma, kak yong mulakan. 

Yeah!
                       

(penggunaan 'aku' terpaksa digunakan agar struktur ayat menjadi lebih gramatis.eceh)

Friday, March 11, 2016

Peace Be Upon You

Assalamu'alaikum~

status: Entri ke2, tahun 2016, 1437 h.

Apa khabar dunia? Maaflah. Kak yong terlalu sibuk akhir-akhir ini. Ucapan tahun baru pun kak yong tak ucap, betul tak? *sengih 'kerang wangi', garu kepala*

Sekali lagi kak yong betul-betul minta maaf. Err... Jika dengan alasan masa yang sentiasa 'cemburu', boleh terima tak? Huhu.
Setiap kali dah lama tak post entri, mesti alasan sibuk. Huhu. Memang itu sahaja alasan yang sebenarnya. Atau tidak ada idea juga sebenarnya adalah salah satu faktor jarak masa yang banyak di antara setiap entri.

Cerita Cinta Ahmad Ammar (Grup Penjejak Tamadun Dunia)

Assalamu'alaikum~

























Penerbit : Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd
Tahun terbit : 2014
Jumlah m/s : 360
Kadar suka : 5/5

Buku ini merupakan sebuah pemberian daripada baba ketika kak yong masih berada di sekolah rendah dulu. Kerana masih dalam usia masih setahun jagung, membaca buku2 seperti ini-nonfiction, membantu menambahkan pengetahuan kak yong untuk mengenali dunia. Ketika itu kak yong masih baru mengenali Ahmad Ammar sejak sebuah tragedi yang menimpanya sehingga membawanya bertemu Sang Pencipta.