Saturday, January 10, 2015

Masuk Asrama

Assalamu'alaikum... :)

Kak yong petik satu kata-kata, "kalau kita tak pandai nak menggembirakan orang lain, cukuplah jangan menyusahkan mereka." Hmm... Kadangkala kehidupan ini memerlukan perpisahan, memerlukan kemahiran hidup, kerana bukan selamanya kita hidup dengan pertolongan, belas kasihan. Sesungguhnya keselesaan itu hanya sementara. Kelak kita pasti akan merasa kesusahan juga walau sebesar zarah.

          Huh, muqaddimah sahaja sudah menggambarkan satu kesedihan yang sedang melanda kak yong. Huaaa!!! Kak yong nak masuk asrama dah... :'( Rasa macam masa ini benci kak yong pula. Langsung tak nak tunggu kak yong. Rasa macam sekejap sangat. Waktu kak yong mula-mula masuk tadika, lepas itu takut-takut nak masuk darjah satu sebab kawan-kawan semua menangis, rasa macam baru sahaja otak ini rasa nak meletup dek berhempas pulas sebelum UPSR. Tup tap, tup tap, dah nak masuk sekolah menengah. Huhu... :'(


Mula-mula ingat nak taip entry ini malam nanti, sengaja nak buat waktu nak dekat-dekat masuk asrama. Tetapi, bila fikir2 balik, malam ini mesti sibuk bagai nak rak sebab kerja-kerja mengemas yang sudah tertangguh. 

Thursday, January 8, 2015

Nasi Tanpa Lauk

Assalamu'alaikum... :)

Nasi berlauk itu biasa, tetapi apa yang terjadi bila makan nasi yang tiada lauk. It's mean... Nasi itu kosong. Langsung tak ada lauk.

Kisahnya bermula di sini...

Sunday, January 4, 2015

Ahlan Wasahlan, 2015!

Assalamu'alaikum...

Ucapan tahun baru yang diucap lewat tiga hari sebenarnya sudah dirancang dengan teliti. Hehehe... *senyum jahat. Tak adalah... saya sebenarnya sengaja nak bagi ucapan tahun baru pada 3 Januari 2014 sebab hari ini adalah tarikh yang amat bermakna bagi seluruh umat Islam.

12 Rabiul Awal 1436 h,
Tarikh kelahiran seorang habibullah, Rasulullah S.A.W. Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad...

Sunday, December 28, 2014

"Semua Ini Menggamit Kenangan Mama..."

Assalamu'alaikum...


            

Haa... Entry saya kali ini berkisar tentang gambar ini. Ok. Di dalam gambar ini, terdapat jari, jarum, benang, lampu, pintu dan... Ok2. Saya serius. *kening bercantum

Thursday, December 25, 2014

Berkelah Di Taman Botani, Putrajaya

Assalamu'alaikum...

          Ini cadangan pak cik dan mak cik saya, keluarga sebelah baba- 'berpicnic'. Mula-mula ingat nak buat ala-ala 'Family Day' di Bagan Lalang. Tetapi, entah mengapa, cadangan ditukar kepada perkelahan. Lagipun tempat ini agak cantik. Pemandangan menghijau. Bak kata Pak Long; ini adalah kilang oksigen. Hoho :p



Keindahan flora yang memukau... Subhanallah!

Monday, December 22, 2014

Temuduga Di Maahad Integrasi Tahfiz Istana Bandar

#throwback
Assalamu'alaikum...

16-12-2014 yang lalu, saya ada temuduga untuk masuk sekolah MITIB, Banting. Fuhh... Seharian saya di sana. Soalan2 temuduga pun boleh tahan susahnya. Yalah, daripada 200 orang calon, dia hanya nak 60. Bayangkan betapa ketatnya mereka nak tapis orang yang masuk.
          Sekolah ini memang sekolah idaman saya dari dulu lagi. Namanya sering menjadi sebutan orang-orang di sekeliling saya. Tetapi setelah pergi temuduga, hati saya mula berbelah bahagi. Ia sekolah yang terlalu hebat. Layakkah orang seperti saya masuk ke sekolah sehebat itu?
          Huh, sesungguhnya saya tak tau apa yang Allah tahu. Dia tahu apa yang terbaik untuk saya. Dan saya harap saya dapat yang terbaik itu. Amin... 
          Saya tutup entry ini dengan gambar2 yang saya ambil daripada lensa kenit saya. Harap enjoy ya! ;)

Wednesday, November 26, 2014

Kejayaan Yang Tidak Disangka

Dalam kepekatan malam (tak adalah pekat sangat-baru jam 8.30 p.m.), tanpa sebutir bintang di dada langit (betulkah?)...

Assalamu'alaikum wahai pembaca-pembaca semua! (blog ini ada pembacakah?)
26-11-2014, Rabu
Seorang hamba yang lemah... Ditimpa kejayaan yang sungguh besar
Ya, amat besar