Assalamu'alaikum...
Haa... Entry saya kali ini berkisar tentang gambar ini. Ok. Di dalam gambar ini, terdapat jari, jarum, benang, lampu, pintu dan... Ok2. Saya serius. *kening bercantum
Haha... Semalam saya telah berjaya menghasilkan dua helai tudung sekolah sendiri! Hoho... Ok2. Sebenarnya saya tukang jahit sahaja. Yang tukang ukur, tukang gunting, tukang ajar, itu semua mama. Hehehe... Hei! Itu kira okeylah.
Kami bertungkus-lumus menjahit dari jam 7 malam hingga 1 pagi. Wah, lamanya! Ok. Sebenarnya kami curi masa dalam 2-3 jam untuk berehat. Yalah, minda ini perlu banyak berehat. Kalau tidak, nanti fikiran kita akan tertekan. Kalau tertekan, nanti kerja yang dilakukan tidak sempurna!
Tudung yang berwarna kelabu itu, hasil jahitan mama, yang warna jingga itu hasil jahitan saya.
Huhu... Berbeza sungguh kekemasannya. Ini pun saya rakam dari sudut yang cantik sedikit.
Semalam ketika saya sedang menjahit di sebelah mama, mama tiba-tiba cakap, "Kak Yong nak tahu tak, kerja-kerja menjahit ini, menggamit kenangan mama dulu."
"Kenapa?"
"Mama dulu, tudung sekolah, semua mama jahit sendiri."
Saya kagum betul. Patutlah mama mahir sangat nak buat tudung. Saya tanya mama, mama perlukan pensil tak untuk buat lakaran. Mama kata tak. Saya pun peliklah, mama tak takut salah? Rupa-rupanya mama memang tak perlukan pensil. Memang cantik potongan mama.
Huhu... Harap-haraplah saya boleh berdikari macam mama nanti. :)

Mama Kak Yong tu memang wanita Melayu terakhir... :)
ReplyDeleteHehehe...
Delete