Assalamu'alaikum... :)
Kak yong petik satu kata-kata, "kalau kita tak pandai nak menggembirakan orang lain, cukuplah jangan menyusahkan mereka." Hmm... Kadangkala kehidupan ini memerlukan perpisahan, memerlukan kemahiran hidup, kerana bukan selamanya kita hidup dengan pertolongan, belas kasihan. Sesungguhnya keselesaan itu hanya sementara. Kelak kita pasti akan merasa kesusahan juga walau sebesar zarah.
Huh, muqaddimah sahaja sudah menggambarkan satu kesedihan yang sedang melanda kak yong. Huaaa!!! Kak yong nak masuk asrama dah... :'( Rasa macam masa ini benci kak yong pula. Langsung tak nak tunggu kak yong. Rasa macam sekejap sangat. Waktu kak yong mula-mula masuk tadika, lepas itu takut-takut nak masuk darjah satu sebab kawan-kawan semua menangis, rasa macam baru sahaja otak ini rasa nak meletup dek berhempas pulas sebelum UPSR. Tup tap, tup tap, dah nak masuk sekolah menengah. Huhu... :'(

Mula-mula ingat nak taip entry ini malam nanti, sengaja nak buat waktu nak dekat-dekat masuk asrama. Tetapi, bila fikir2 balik, malam ini mesti sibuk bagai nak rak sebab kerja-kerja mengemas yang sudah tertangguh.
Tudung-tudung yang sedang beratur panjang, menunggu giliran untuk diseterika.
Beg-beg yang masih kosong. Itu menandakan... Haha! Satu habuk pun tak kemas lagi. Huhu...
Tetapi, bukanlah sampai satu habuk, adalah 2 pasang baju sekolah yang dah seterika...
Hari itu, punyalah brutal, tak nak menangis, malu. Hmm... Pendirian yang tak tetap. Akhir-akhir ini, air mata kak yong rajin semacam nak keluar. Huhu... :'( Siapa yang tak sedih. Meninggalkan ibu bapa yang terbaik di dunia, adik-adik yang paling menghiburkan hati, bilik yang penuh nostalgia dan rumah yang sentiasa dipenuhi kasih sayang... Huaa!!
Nanti, kak yong rasa, mesti blog ini cepat bersawang. Yalah, kak yong mesti dah tak ada masa nak update entry2 lagi. Hmm... Wahai blog, rajin-rajinlah membersihkan dirimu sendiri jika diselaputi sawang kerana tuanmu ini tak ada masa nak membersihkan dirimu setiap masa...
No comments:
Post a Comment
Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰