Wednesday, November 26, 2014

Kejayaan Yang Tidak Disangka

Dalam kepekatan malam (tak adalah pekat sangat-baru jam 8.30 p.m.), tanpa sebutir bintang di dada langit (betulkah?)...

Assalamu'alaikum wahai pembaca-pembaca semua! (blog ini ada pembacakah?)
26-11-2014, Rabu
Seorang hamba yang lemah... Ditimpa kejayaan yang sungguh besar
Ya, amat besar

Kadangkala dia berasa tidak layak untuk menerima kejayaan sebesar itu
Sedangkan jika diamati, usahanya tidaklah sebesar mana
Kesalahan demi kesalahan dilakukan
Azam dan cita2 sentiasa diimpi
Tetapi tidak semua yang telah dicapai
Kejayaan ini...
Membuatkan hatinya gundah gulana
Gundah sekiranya ilmu yang dituntut selama ini bukan di dada
Gundah sekiranya ilmu yang dituntut selama ini hanyalah pada buku
Gundah sekiranya dia tidak mampu untuk ditimpa kegagalan kelak
Allahumma najjahna fil'imtihan fiddunia wal akhirah... 




No comments:

Post a Comment

Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰