Thursday, March 26, 2020

Sungguh

Salam alaik 💦

monolog;

Duhai langit,
Terima kasih kerna teguh memayungi
Walhal kami yang sujud; 
bangunnya tetap berkelahi.

Wednesday, March 25, 2020

Sebentar Cuma

Salam alaik 🌹

Actually post ni dah berapa kali dah drafted, lepas tu lama2 terbiar macam tu. Tapi sbb dah lama x post apa2 i decided to save it here.

Sebenarnya, lepas datuk kak yong meninggal tahun 2017 (SINI), tahun lepas ada lagi seorang yang kak yong sayang pergi. Selamanya.

          Pak su kak yong, belah baba.

          Dan sebenarnya, sampai sekarang kak yong asyik rasa arwah paksu ni ada lagi kat sini 😢


Kisah arwah pak su meninggal ni, sangat indah. Sengaja kak yong share, semoga kita yang masih hidup ni dapat mengambil iktibar daripada kisah2 mereka yang telah dijemput Allah :)

Sunday, February 2, 2020

The Main Character

Salam alaik 💕

Tiba2 rasa nak share something. Tak tau kenapa, lately, my mind keeps wondering with these thoughts-

          Ada satu korean movie ni, btw ni cerita lama so kak yong time tu tak interested pun nak habiskan, tapi tiba2 they came up with these beautiful conversations :
(okay btw kak yong translate la dlm BM okiess hahha)

          Okay this girl, she said like " kalau dalam typical drama, mesti aku ni jadi watak sampingan. Watak macam nilah yang biasanya mati kena hempap bangunan, mati kena langgar, but then the main character is the one yg hidup happily ever after."

           Then her friend said "tak apa. Walaupun kau rasa kau ni watak sampingan, tapi hiduplah as watak utama."


           I always found and even told myself- kalau watak utama, biasanya mesti yg paling cantik, those yg paling hensem, those yg paling kaya, yang paling outstanding.

          So that conversation was very meaningful and made me realize- tak payah risau kita watak utama atau tak, kalau pun kita rasa yg kita ni yeshe yeshe, tak layak nak jadi watak utama;

          Hiduplah sebagai watak utama.

Saturday, February 1, 2020

Bahagia

Salam alaik!

Woohoo~ Hahahahahahaha. Bulan 2 weh. First entry of 2020. Haritu ingatkan nak buat la like special entry ke, untuk 2020, new decade ni. Tapi tak taula kenapa asyik malas semacam, semua benda jadi postponed. 

          Hahah.

          Padahal bukan sibuk pun lepas habis SPM nih 🙆

 
monolog;

Apa yang kau perlu ukir pada hatimu saat ini adalah-
bahawa bahagia itu senantiasa terletak pada dirimu sendiri. 

Wednesday, December 18, 2019

Cerita & Cinta (Irine Nadia)

Salam alaik!

          Lama kak yong tak buat review buku, rasa awkward semacam. Okay, buku yang kak yong nak ulas ni bukan buku baru sebenarnya. Memandangkan kak yong pun baru lepas exam, so tak ada buku2 yang baru beli. Jadi kak yong fikir nak buat review buku2 yang ada kat rak bilik saja sekarang ni. Hehe 😁


























Penerbit : Sorok Kitab
Tahun terbit : 2016
Bilangan m/s : 227
Kadar suka : 4/5

Okay. Kak yong beli buku ni mula2 sebab kak yong memang selalu follow blog Irine Nadia ni, dari dulu lagi. Tak yah cerita panjang kut, sebab siapa yang tak kenal social media influencer ni kan?

Tuesday, December 10, 2019

Habis Sekolah

Salam alaik 🙋

          Hamdallah. Since SPM dah habis, (erm lebih kurang seminggu lebih yang lalu?)  kak yong tak pernah post apa2 lagi. Dah ada idea nak buat pasal kak yong kemas (read : unboxing) barang2 asrama, trace nota2 yang banyak gila. Nasib baik ada adik bawah setahun, buku2 still ada yang boleh guna.
          
          But yeah, penat mengemas, dah malas nak bukak lappy 💦 

          Baba ambik kak yong dari asrama hari tu- malam, sebab kak yong yang minta sebenarnya. Malas nak kemas barang kalut2. Lagipun dok fikir ramai yang balik malam. Last2 tinggal kurang sepuluh orang sahaja kat asrama. Seram la jugak. Haha.


Lepas habis last paper

          Balik tu, agak syahdu jugak. Last kat sekolah, last tengok kawan2. Yalah, duduk asrama ni makan sama2, study sama2. Dalam kereta dok termenung, lepas ni tak jumpa kawan2 dah. Kalau jumpa pun, tak semua.