Wednesday, December 18, 2019

Cerita & Cinta (Irine Nadia)

Salam alaik!

          Lama kak yong tak buat review buku, rasa awkward semacam. Okay, buku yang kak yong nak ulas ni bukan buku baru sebenarnya. Memandangkan kak yong pun baru lepas exam, so tak ada buku2 yang baru beli. Jadi kak yong fikir nak buat review buku2 yang ada kat rak bilik saja sekarang ni. Hehe 😁


























Penerbit : Sorok Kitab
Tahun terbit : 2016
Bilangan m/s : 227
Kadar suka : 4/5

Okay. Kak yong beli buku ni mula2 sebab kak yong memang selalu follow blog Irine Nadia ni, dari dulu lagi. Tak yah cerita panjang kut, sebab siapa yang tak kenal social media influencer ni kan?



          Buku ni sebenarnya adalah kisah hidup peribadi penulis sendiri. Penulis telah membawa pembaca untuk mengenali serba sedikit tentang kehidupan beliau dalam menggapai cita-citanya bersama keluarga. Dalam buku ni kalian boleh tahu cerita2 peribadi penulis yang tak diceritakan dalam blognya.

          Yang kak yong suka tentang buku ni antaranya ilustrasi dan grafik yang lawa gila! Kalau baca memang tak bosan lah sebab dalam buku ni memang warna-warni dan sarat dengan gambar2 yang menarik. Bahasa yang digunakan juga mudah, bahasa yang biasa kita gunakan.

          So, senang cerita, buku ni santai untuk dibaca oleh sesiapa sahaja. Kak yong recommend kan buku ni untuk peminat blogger ni sendiri, yang selalu ikut perkembangan penulis ni dari dulu lagi, maybe kalian  akan lagi enjoy dengan buku ni. Dan juga untuk sesiapa sahaja yang nak dapatkan buku2 nonfiksi yang santai dan cantik hehe 😊

fi hifzillah :)

         

No comments:

Post a Comment

Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰