Friday, December 18, 2015

Big Bad Wolf 2015

Assalamu'alaikum~

Big Bad Wolf. Pesta buku yang bakal membuatkan biji mata anda semua terkeluar tatkala melihat harga-harga promosi yang disediakan. Huissh.. Siapa tak nak? Diskaun sampai 95%. Sebagai pencinta buku, kak yong nasihatkan, selagi ada masa yang boleh diluangkan tolonglah jangan
terlepas.



Kak yong baru kenal pesta buku ini. Baru tahun lepas. Huhu, rugi betul rasa. Tapi kak yong nasihatkanlah, kalau nak cari buku2 BM, memang kak yong tak recommended pesta buku ini sebab BBW memang lebih kepada buku2 BI.

Thursday, December 17, 2015

"Di samping temuduga Abang Chor..."

Assalamu'alaikum~

Baru2 ini Abang Chor ada temuduga sekolah di Sepang. Kalut juga masa itu. Yalah, temuduga mula pukul 7.30 a.m. Dari rumah ke sana lebih kurang sejam setengah. Memang alamatnya bertolak lepas subuhlah.

Kami kalau perjalanan yang jauh memang akan bawa baju spare. Takut2 ada emergency apa2. Tapi untuk kali ini memang persediaan mama & baba agak berlebihan, maksudnya mama siap bawa makanan2, tikar dll. Sekali pandang nampak macam kami akan bermalam. Tapi mama & baba tak confirm apa2 pun. Jadi, kami yang anak2 ini, tak tau apa2. Kami pun bawa barang ala kadar. Tak ada persiapan apa2 sangatlah.
       
 Tiba-tiba, bila dah sampai, baba kata kami akan bermalam. Jadi...
       
Aduss...  'Lampu-mentol-idea' malap2lah cahayanya. *huhu* Jadi, layan gambar sahajalah ya~

Friday, November 20, 2015

Harumnya Norjannah (Kusyi Hirdan)

Assalamu'alaikum~

























Penerbit: PTS Publications Sdn Bhd
Tahun terbit: 2010
Jumlah m/s: 398
Kadar suka: 5/5

Buku ini kak yong baca masa kak yong darjah lima dulu. Sangat seronok. Bahasanya yang santai, jalan cerita yang menarik, padat dengan pengetahuan. Memang kalau baca tak akan berhenti!

Sunday, November 15, 2015

Wednesday, October 21, 2015

Bayi Botol Kicap (Ida Munira Abu Bakar)

Assalamu'alaikum :)

Ini pertama kali kak yong buat books review atau ulas buku. Baba yang cadangkan supaya buat ulas buku macam ini. Kak yong bukannya pandai sangat ulas mengulas ini. Kak yong ulas mengikut kefahaman kak yong sahaja. Semua ini subjektif. Terpulang. Mungkin ada yang suka atau tidak.
          Jadi, kak yong nak minta maaf sangat2 kalau ada yang terkurang atau terlebih. Mohon untuk sentiasa beri pencerahan kepada kak yong yang baru belajar ini. Barakallahu fikum :)






















Penerbit: PTS Publications Sdn Bhd
Tahun terbit: 2007
Jumlah m/s: 224
Kadar suka: 2/5

Novel pertama yang kak yong pernah baca masa zaman 'comel-comel' dulu. Sebab itulah buku ini jadi pilihan pertama untuk projek ulas buku ini.

Sunday, September 27, 2015

'Kuih Soda Bikarbonat'

Assalamu'alaikum...

Entri lagi? Kehkeh. Hari ini cuti. Cuti jerebu. Bila ada masa lapang? Bloglah jawabnya. Alah, bukan ada cerita sangat pun. Tiba-tiba rasa nak kongsi cerita kak yong masa Hari Arafah hari itu.

Haha.

Cerita dia macam ini~

Hari itu, masa Hari Arafah, kak yong datang rumah nenek di Hulu Kelang. Memang dah jadi rutin kami, setiap kali nak raya, datang rumah nenek. Tolong apa yang patut. Masa itu, kak yong bosan. Mulalah akal tiba-tiba berputar 360 darjah (huhu, tak tau simbol darjah pada key mana, atau tak ada langsung) . Huish, melampau. Tapi, betullah. Kak yong memang tak ada kerja nak buat.

          Jadi, kak yong pun selongkar alamari nenek. Dan akhirnya terjumpa satu buku resepi. Tiba-tiba jadi rajin nak buat kuih. Nak cari resepi yang senang2 sahaja. Yang cukup bahannya. Tak naklah resepi yang kena beli. Leceh. Akhirnya, terjumpalah resepi 'bingkisan makadamia'. Haha. Apa benda makadamia itu? Mama cakap nama kacang. Kak yong pun tanyalah nenek. Nenek kata, semua bahan-bahan nak buat kuih makadamia ini ada. Jadi, apa lagi? Buatlah!

          Haha~ Bahagian inilah klimaksnya. Nak buat kuih ini, kena guna gula icing. Nenek bagi satu bekas ini. Kata nenek, benda itulah gula icing. Tiba-tiba kak yong perasan ada labah2 tepi bekas itu. Kak yong pun buat tak taulah, sebab labah2 itu di luar bekas.

Guruku 13 Tahun

Assalamu'alaikum

Nah. Nekad juga nak cerita walaupun hari ini pergi asrama. Huhu~ Rasa sayang tak post apa-apa. Dahlah cuti seminggu.

          Tak ada cerita best pun sebenarnya. Baru-baru ini kak yong jadi 'cikgu'. Kuikui. Malu sebenarnya nak cerita. Rasa teruk sangat. Ada jiran kak yong ini, anak dia darjah 6. Dia minta tolong mama ajar anak dia yang nak periksa Isnin ini. PSRA.

          Alahai~

          Mama pun cerita masa kak yong balik hari itu. Tanpa berfikir panjang, tidak semena-mena tangan kedingku ini diangkat tinggi, "tak apa mama, kak yong boleh tolong!"
          Mama pun  tersenyum lebar. Ah, what I've done?! Tiba-tiba kak yong macam tersedar. Kak yong tanya mama yang budak itu lelaki atau perempuan.
       
          Lelaki.