Assalamu'alaikum~
Penerbit: PTS Publications Sdn Bhd
Tahun terbit: 2010
Jumlah m/s: 398
Kadar suka: 5/5
Buku ini kak yong baca masa kak yong darjah lima dulu. Sangat seronok. Bahasanya yang santai, jalan cerita yang menarik, padat dengan pengetahuan. Memang kalau baca tak akan berhenti!
Cerita ini mengisahkan tentang perjalanan perit hidup seorang wanita India, Puvanes. Bermula apabila dia dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya sebaik sahaja tamat persekolahan. Berkahwin dalam usia muda begitu membuatkan rumah tangganya tidak terurus lebih-lebih lagi apabila suaminya sering menderanya. Puvanes mengambil jalan berpisah atas nasihat emaknya walaupun ditentang ahli keluarganya yang lain kerana dalam adat keluarga mereka berpisah ibarat menjatuhkan maruah keluarga.
Klimaksnya ketika Puvanes membuat keputusan untuk menganut agama Islam. Dia dihalau oleh emaknya yang selama ini menyayanginya ibarat menatang minyak yang penuh lebih-lebih lagi selepas dia berpisah dengan suaminya. Ditambah lagi dengan kisah perit hidup rakan baiknya, Nora apabila mengetahui emaknya pernah hampir murtad ketika kematian ayahnya dulu dan adiknya yang bersosial sehingga pernah berzina dan hampir murtad.
Cerita ini berakhir dengan pengakhiran yang gembira apabila emak Puvanes sudah dapat menerimanya daan mengalu-alukan Puvanes supaya pulang ke rumah. Adik Nora pula sudah kembali ke jalan yang benar.
Setiap akhir bab akan diselitkan dengan dalil. Kesimpulannya, buku ini teramatlah seronok!
fi hifzillah :)

No comments:
Post a Comment
Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰