Sunday, September 27, 2015

'Kuih Soda Bikarbonat'

Assalamu'alaikum...

Entri lagi? Kehkeh. Hari ini cuti. Cuti jerebu. Bila ada masa lapang? Bloglah jawabnya. Alah, bukan ada cerita sangat pun. Tiba-tiba rasa nak kongsi cerita kak yong masa Hari Arafah hari itu.

Haha.

Cerita dia macam ini~

Hari itu, masa Hari Arafah, kak yong datang rumah nenek di Hulu Kelang. Memang dah jadi rutin kami, setiap kali nak raya, datang rumah nenek. Tolong apa yang patut. Masa itu, kak yong bosan. Mulalah akal tiba-tiba berputar 360 darjah (huhu, tak tau simbol darjah pada key mana, atau tak ada langsung) . Huish, melampau. Tapi, betullah. Kak yong memang tak ada kerja nak buat.

          Jadi, kak yong pun selongkar alamari nenek. Dan akhirnya terjumpa satu buku resepi. Tiba-tiba jadi rajin nak buat kuih. Nak cari resepi yang senang2 sahaja. Yang cukup bahannya. Tak naklah resepi yang kena beli. Leceh. Akhirnya, terjumpalah resepi 'bingkisan makadamia'. Haha. Apa benda makadamia itu? Mama cakap nama kacang. Kak yong pun tanyalah nenek. Nenek kata, semua bahan-bahan nak buat kuih makadamia ini ada. Jadi, apa lagi? Buatlah!

          Haha~ Bahagian inilah klimaksnya. Nak buat kuih ini, kena guna gula icing. Nenek bagi satu bekas ini. Kata nenek, benda itulah gula icing. Tiba-tiba kak yong perasan ada labah2 tepi bekas itu. Kak yong pun buat tak taulah, sebab labah2 itu di luar bekas.

          Sedang happy mengadun adunan itu, sampai jadi doh, kak yong nampak labah2 tadi dengan selambanya terjun ke dalam bekas gula icing yang terbuka penutupnya lagak Pandelela Rinong, Atlet Terjun Malaysia. Ok, hiperbola. Kak yong pun cakaplah dengan nenek yang ada labah2 dalam gula itu. Lepas itu, nenek suruh guna gula icing yang lain. Tapi, nasiblah. Satu adunan dah kak yong guna gula itu. Nenek suruh buat lagi tiga adunan sebab nenek cakap yang satu adunan sikit sangat.

         Bila adunan yang guna 'gula labah2' itu dah siap, dengan semangatnya kak yong makan. Siap cakap kat semua orang lagi, biar kak yong jadi orang first yang makan. Sambil mengunyah dengan penuh kenikmatan, tiba-tiba ada slack. Buek! Kak yong muntahkan balik kuih itu. Pahit yang teramat. Allah sahaja yang tau macam mana rasa dia. Kak yong makan lagi dan lagi. Tak percaya kak yong boleh buat kuih seteruk itu.

         Semua orang pandang. Bersalah sangat. Dahlah banyak kuihnya. Lepas itu kak yong ceritalah dekat mama tentang 'gula labah2' sebab kak yong syak ada something pelik. Mama pun rasa sikit 'gula' itu "ya Allah, ini bukan gulalah!"

         Haha. Mama syak yang itu adalah soda bikarbonat. Sedihlah. Satu loyang terpaksa buang. Mama cakap yang kak yong buat kuih itu memang sedap, cuma salah bahan.

 

Bingkisan Makadamia.

          Alhamdulillah, nasib baiklah adunan lain pakai gula icing yang betul. Tapi, still ada pahit sikit. Mama cakap mungkin sebab pakai bekas adunan yang sama. 

       Seriouslah rasa kuih itu sangat pahit. Sampai lidah kak yong kebas. Tapi untunglah, baba belikan aiskrim vanilla :D

Kak yong agak yang kuih itu tak akan ada orang yang makan, sebab still ada rasa pahit sikit2. Lebih kurang dalam 2 hari kemudian, kak yong datang rumah nenek lagi. Dan...


Kuih makadamiaku tinggal sikit! Alhamdulillah. Ada insan yang mengebalkan lidahnya, sudi makan biskut yang pahit ini. Rasa bersalah sangat. Huhu. Kuih ini jadi pengajaran betul untuk kak yong. 

Jangan cuai! Hehe~

fi hifzillah :)


          

No comments:

Post a Comment

Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰