Assalamu'alaikum :)
Ini pertama kali kak yong buat books review atau ulas buku. Baba yang cadangkan supaya buat ulas buku macam ini. Kak yong bukannya pandai sangat ulas mengulas ini. Kak yong ulas mengikut kefahaman kak yong sahaja. Semua ini subjektif. Terpulang. Mungkin ada yang suka atau tidak.
Jadi, kak yong nak minta maaf sangat2 kalau ada yang terkurang atau terlebih. Mohon untuk sentiasa beri pencerahan kepada kak yong yang baru belajar ini. Barakallahu fikum :)
Penerbit: PTS Publications Sdn Bhd
Tahun terbit: 2007
Jumlah m/s: 224
Kadar suka: 2/5
Novel pertama yang kak yong pernah baca masa zaman 'comel-comel' dulu. Sebab itulah buku ini jadi pilihan pertama untuk projek ulas buku ini.
Untuk kanak-kanak, novel ini sangat sesuai. Mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Shaira yang dilahirkan dengan saiz badan yang amat kecil. Sebesar botol kicap. Kerisauan ibu dan bapanya kian beransur pulih apabila melihat Shaira mula membesar seperti kanak-kanak yang normal.
Seterusnya buku ini mengisahkan perjalanan hidup Shaira. Bagaimana dia menempuhi alam persekolahan, terpaksa memakai kaca mata kerana sikapnya yang suka membaca dalam cahaya yang samar-samar, berkawan dengan sahabat yang suka mengata. Kehidupan Shaira yang penuh warna warni akan membuatkan pembaca sentiasa tersenyum sepanjang pembacaan buku ini.
fi hifzillah :)

No comments:
Post a Comment
Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini š„°