Sunday, September 27, 2015

'Kuih Soda Bikarbonat'

Assalamu'alaikum...

Entri lagi? Kehkeh. Hari ini cuti. Cuti jerebu. Bila ada masa lapang? Bloglah jawabnya. Alah, bukan ada cerita sangat pun. Tiba-tiba rasa nak kongsi cerita kak yong masa Hari Arafah hari itu.

Haha.

Cerita dia macam ini~

Hari itu, masa Hari Arafah, kak yong datang rumah nenek di Hulu Kelang. Memang dah jadi rutin kami, setiap kali nak raya, datang rumah nenek. Tolong apa yang patut. Masa itu, kak yong bosan. Mulalah akal tiba-tiba berputar 360 darjah (huhu, tak tau simbol darjah pada key mana, atau tak ada langsung) . Huish, melampau. Tapi, betullah. Kak yong memang tak ada kerja nak buat.

          Jadi, kak yong pun selongkar alamari nenek. Dan akhirnya terjumpa satu buku resepi. Tiba-tiba jadi rajin nak buat kuih. Nak cari resepi yang senang2 sahaja. Yang cukup bahannya. Tak naklah resepi yang kena beli. Leceh. Akhirnya, terjumpalah resepi 'bingkisan makadamia'. Haha. Apa benda makadamia itu? Mama cakap nama kacang. Kak yong pun tanyalah nenek. Nenek kata, semua bahan-bahan nak buat kuih makadamia ini ada. Jadi, apa lagi? Buatlah!

          Haha~ Bahagian inilah klimaksnya. Nak buat kuih ini, kena guna gula icing. Nenek bagi satu bekas ini. Kata nenek, benda itulah gula icing. Tiba-tiba kak yong perasan ada labah2 tepi bekas itu. Kak yong pun buat tak taulah, sebab labah2 itu di luar bekas.

Guruku 13 Tahun

Assalamu'alaikum

Nah. Nekad juga nak cerita walaupun hari ini pergi asrama. Huhu~ Rasa sayang tak post apa-apa. Dahlah cuti seminggu.

          Tak ada cerita best pun sebenarnya. Baru-baru ini kak yong jadi 'cikgu'. Kuikui. Malu sebenarnya nak cerita. Rasa teruk sangat. Ada jiran kak yong ini, anak dia darjah 6. Dia minta tolong mama ajar anak dia yang nak periksa Isnin ini. PSRA.

          Alahai~

          Mama pun cerita masa kak yong balik hari itu. Tanpa berfikir panjang, tidak semena-mena tangan kedingku ini diangkat tinggi, "tak apa mama, kak yong boleh tolong!"
          Mama pun  tersenyum lebar. Ah, what I've done?! Tiba-tiba kak yong macam tersedar. Kak yong tanya mama yang budak itu lelaki atau perempuan.
       
          Lelaki.

Friday, August 28, 2015

Eidul Fitr '15 #2

Assalamu'alaikum..

Haha... Baru sekarang kak yong nak sambung yang ke-2? Hehe~ Sorrylah kak yong betul-betul tak ada masa. Ini pun kak yong buat, dah habis bulan Syawal. Huhu :'( Serious kak yong betul2 tak ada masa. Balik rumah hari Jumaat, pergi asrama hari Ahad. Bilanya kak yong nak post entri baru? Hari Sabtu lah segala benda kak yong kena buat. So... Sorry lah ek?
          Kali ini kak yong nak cerita raya kak yong di kampung sebelah mama pula- Selama, Perak. Mana orang utara? Meh, kita geng. Kami start beraya lambat sikit daripada biasa. Nak dekat tengah hari baru kita orang konvoi ramai2. Adalah hal sikit...


Konvoi... Berhenti sat, tanya jalan, tanya alamat, tiap2 tahun sama


Cuba teka kami kat mana? 

Sunday, August 2, 2015

Eidul Fitr '15 #1

Assalamu'alaikum :)

Huhu... Rindu blog ini.. :'( Dah lama tak post entry baru.. Ingat nak post cerita2 masa bulan Ramadhan hari itu... Tapi, tak ada masa langsung. Serious. Memang tak ada masa. Balik asrama sibuk buat homework yang setinggi Gunung Himalaya, nak iron baju sekolah yang bertimbun sampai melecet ibu jari kaki ... Huhu~
          Hari ini kak yong nak kongsi cerita raya kak yong hari itu. Tapi, ceritanya panjang sangat. Jadi, kak yong akan bawa para pembaca yang budiman semua, menelusuri perjalanan hari raya kak yong yang dirakam melalui lensa kenit kak yong, eoseo!

Wednesday, June 10, 2015

Ini agama kita!

Assalamu'alaikum...

Entry kali ini banyak berkisar tentang kesalan, kesal dengan saudara kita
Saudara seagama
Ikatan yang berteraskan satu ikrar
Bersaksi Allah itu tuhanku, Muhamad itu rasul-Nya

Semalam kak yong buka satu laman web, tentang artis :p
Kak yong memang jenis yang suka baca komen orang, haha~ menyibuk
Arrgghh... Geleng kepala dibuatnya

Sunday, June 7, 2015

Sepetang di Bangi Gateway

Assalamu'alaikum...

#throwbacktahapzamanhangtuah

Cerita ini dah berbulan lamanya. Gambar-gambar ini semua bertarikh sembilanbelasharibulanduatahunduaribulimabelas. Kalau nak ikutkan, patutnya entry ini dah dirancang dah lama dah, tapi, hurm almaklumlah, budak asrama *tiup kuku*
          Ok2. Hari itu, tak silap kak yong masa itu kak yong cuti balik wajib asrama. Baba & mama bawa kami 'askar berlapan' pergi Bangi Gateway. Alah, dekat sangat dengan rumah. Dekat sangat? Urmm.. Bolehlah.

       

Kabur. Tangkap gambar dari dalam kereta. Itu pun menjerit-jerit suruh baba bawa kereta perlahan-lahan masa nak balik.

Sunday, May 3, 2015

'Kerajinan Melampau'

Assalamu'alaikum...

Yosshh! Dah lama tak tulis entry baru. Alih-alih 'Seharian di PICC, Putrajaya'. Neyy.

Kali ini kak yong nak tulis taip tentang satu tabiat ini. Tabiat masa sekolah rendah. Orang sebut benda ini sebagai 'padam buku teks'. Yes. Kak yong dulu, masa sekolah rendah, kak yong teramatlah sayang buku teks. Huisshh. Kata-kata cikgu SPBT, "sayangi buku teks macam anda sayangi diri sendiri," kak yong semat erat-erat dalam hati yang murni ini.

          Kalau akhir tahun, masa nak ambil buku teks untuk tahun seterusnya, kalau cikgu bagi pilih buku teks, kak yong akan ambil buku teks yang betul-betul cantik. Buku yang langsung tidak dicemari apa2 kotoran yang menjolok mata kak yong. Kalau ada muka surat yang diconteng, kak yong akan padam sampai hilang segala jenis luahan hati para senior pada muka surat itu. Dalam hati, membebel tak sudah-sudah. Tak bertanggungjawablah. Tak menghargailah. Sambil itu kak yong berazam untuk menjadi pengguna buku teks yang paling berwibawa pada abad ini. Tak conteng. Jangan bagi koyak.

Nampak tak semangat di situ?



Haha.

Itu kisah lama. Tabiat lama. Bila masuk sekolah menengah ini, semangat itu still ada. Don't worry maa. Tetapi, taklah membara seperti dulu. Tehehe... Dulu memang ingat nak teruskan tabiat sekolah rendah. Tetapi, bila buka buku teks...